Sunday, November 15, 2009

Kesatlah air mataMU

Hati digigit seribu tanda tanya. Melihatkan sahabat saya nan satu terus menghilangkan diri tika waktu selepas hari peperiksaan. Saya hanya membiarkan.

"Mungkin ada hal agaknya," monolog hati saya.

Kertas peperiksaan seterusnya datang yang juga adalah kertas terakhir saya. Ah, kertas terakhir ini saya tidak mampu untuk jawab. Hanya Allah yang tahu ujian yang teramat berat yang saya lalui. Namun, seolah-olah ada cahaya kekuatan datang bersama ujian yang datang. Saya kini menjadi lebih matang, sabar dan tabah. Itulah kenikmatan yang dianugerahi-Nya.

Namun, saat saya terus bertarung dengan ujian yang datang, rupanya sahabat saya turut sama mengalami ujian.

Dia terus menghilangkan diri lagi tika waktu kertas peperiksaan kami terakhir habis.

Sahabat yang selalu disisi saya,

Sahabat yang selalu bersama saya tika batu ujian menghempap,

Sahabat yang paling banyak tahu kisah saya,

Sahabat tempat saya bergelak ketawa bersama,

Sahabat yang sangat memahami saya,

Sahabat yang turut sama-sama mengalirkan air mata apabila salah seorang daripada kami didatangi duka,

Saya terlalu sayang akan sahabat nan seorang ini.

Tetapi hati saya dibayangi rasa bersalah kerana saya baru mengetahui akan satu kisah ini. Kisah kehilangan seseorang yang teramat bermakna dalam hidup dia sebagai anak.

Kenapa saya baru tahu hari ini??

Sedangkan kita selalu bersama tiap waktu hatta dalam dewan kuliah, mengaji kuliah tajuk makanan bersama. Walaupun kadang kita mengantuk bersama-sama apabila cara penyampaian pensyarah memberikan kuliah kurang menarik.

Rupanya, sejak dari tingkatan 4, dia telah kehilangan seseorang yang melahirkan dan menyusukan dia.

Tetapi, kenapa saya baru tahu hari ini??

Dalam saat yang tinggal hanyalah ayah yang dikasihi. Tapi...

"Fifah, sebab awak orang pertama yang tanya saya, ujian apa yang dapat waktu ym hari tu..Jadi saya bgtau awak sbg org pertama. Saya slalu blk jhor tiap kali lpas exam habis sbb ayah saya sakit..dah seminggu tak sedar. Sekarang kat ICU..doakan saya..mntk shbt2 doakan jgk.." Saya menerima sms dari dia.

MasyaAllah, cukup hebat ujian yang Engkau berikan pada sahabat yang saya sayang ini. Dalam waktu telah kehilangan, ujian datang lagi. Dan, saya tidak dapat membayangkan andai ayah yang dikasihi turut pergi bersama-sama dengan ibumu. Na'uzubillah...

"Fifah..ayah saya x sedar lg skrg kt ICU..Organ dlm badan ayah masuk kuman.." Itulah jawapan yang saya dapat lagi berkenaan ayahmu.

Dalam waktu saya menerima ujian yang datang bertalu-talu, rupanya sahabat disisi saya lebih hebat ujian-Nya.

Saya terlalu hina dan kerdil disisi Allah. Namun, mungkin salah satu doa-doa sahabatmu ini Allah perkenankan.

"Ya ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sungguh, terlalu hebat ujian yang Engkau berikan pada sahabat yang aku sayang ini. Berikanlah kekuatan yang paling utuh pada sahabatku ini. Engkau Maha Mengetahui yang terbaik buat sahabatku ini. Sembuhkanlah tubuh ayahnya. Namun, andai Engkau ingin mengambil ayahnya dalam waktu ini, berikanlah sahabatku ini kekuatan yang paling utuh. Redha dan tabahkan hatinya menerima apa sahaja yang Engkau berikan. Ya Allah, rabbul Izzati, gantikan segala perkara yang telah berlaku ini dengan perkara yang lebih baik. Kerana Engkaulah sebaik-baik Perancang hidup kami. Engkaulah sebaik-baik Pencatur hidup kami. Hanya pada-Mu kami berserah da bertawakal..."

Saya akan terbang ke Johor bersama-samamu dalam waktu terdekat ini sahabatku...

2 comments:

Anonymous said...

Setiap makhluk yang bergelar insan x akan terlepas daripada ujian. Namun setiap ujian yang Allah timpakan atas manusia itu berlainan sesuai dengan kemampuan dirinya untuk menghadapi ujian itu. Allah xakan membebani hambanya dengan ujian yang tak sanngup dipikuli...terima n redhalah dengan ujian itu, mgkin ada hkmah dsebalik ujian yang Allah timpakan pada kita n yang paling penting kita perlulah bersangka baik dengan Nya....

Anonymous said...

masyaaallah sungguh hebat dugaan tu..tp tenyata dgn dugaan itu,allah amat menyayanginya.tp slalunya realiti kita sebagai insan ramai yg sukar hadapi dugaan allah jika iman kita tidak btl2 kuat krn sy sendiri melaluinya namun apabla kita pasakkan cinta n keimanan yg utuh kpd allah,sedikit dmi sedikit kesukaran menghadapi dugaan itu akan berkurang sekaligus menjadikan kita tabah..yg penting kita sentiasa ingt ada hikmah disebaliknya n kenalah tabah menghadapinya wlaupun sukar