Kalau dulu, senjata yang paling ampuh dalam medan peperangan adalah pedang, tombak, keris, meriam dan pelbagai senjata yang lain. Tetapi, di zaman yang serba canggih kini dengan teknologi yang kian pesat bangun, senjata yang paling ampuh adalah KATA-KATA. Setiap bait kata-kata sebagai senjata itu tidak semestinya diterjemahkan dalam bentuk lisan, tetapi juga dalam bentuk penulisan.
Kata-kata yang paling tinggi nilainya adalah yang berilmiah dan yang paling tajam faktanya. Maka, dengan kata-kata yang tinggi nilainya ini, musuh akan rebah jatuh terduduk mengibarkan bendera putih tanda mengalah. Nah, orang yang tinggi kata-katanya akan menang sebagai pahlawan.
Persoalannya?
Namun begitu, pahlawan itu kebanyakannya terdiri daripada golongan lelaki. Terlalu kurang daripada golongan wanita yang menjadi serikandi menentang musuh dengan kata-kata mereka. Yang ada kebanyakannya lebih tertumpu kepada bait-bait puitis dan irama lagu-lagu mendodoi jiwa. Itu memang sinonim dengan golongan wanita.
Namun hakikatnya, dalam medan pertempuran zaman kini, suara-suara lembut dari golongan wanita sangat diperlukan sebenarnya. Jangankan kerana terlalu ashik dengan bait-bait puitis dan irama lagu-lagu mendodoi jiwa, kita daripada golongan wanita terlupa akan isu-isu dan kisah-kisah masyarakat yang berlaku, hatta daripada isu-isu yang musuh sendiri mainkan.
Sebagai contoh, hari ini, 22 orang kanak-kanak yang jatuh ke dalam sungai di Kampar semasa perkhemahan sekolah, 19 orang dapat diselamatkan, seorang meninggal dunia dan 2 orang lagi hilang. Berapa ramai yang tahu akan kisah ini dan rasa ingin respon terutama daripada golongan mahasiswi yang pastinya bakal-bakal ibu. Betapa ramai ibu-ibu yang menangis kerana kehilangan anak-anak mereka. Tetapi kita daripada golongan mahasiswi?? Masih lagi bergelumang dengan facebook dalam konteks hanya membincangkan perkara-perkara yang kurang berfaedah dan bergurau dalam konteks yang berlebihan sehingga tidak menjana keintelektualan seorang mahasiswa.
Golongan lelaki lebih hebat menulis
Iya, sememangnya ini realiti yang kita lihat. Blog-blog dan facebook daripada golongan lelaki lebih diupdate berbanding golongan wanita. Blog-blog dan facebook golongan mahasiswa lebih mencapah pemikiran mereka dan berilmiah. Maka, golongan mahasiswi akan berkata "Cukuplah lelaki yang berkata-kata. Mereka ada 9 akal berbanding dengan kita yang ada 1 sahaja akal untuk menjana idea"
Tidak, ini bukan persoalan utama untuk dibincangkan. Persoalannya bagaimana kita menggunakan 1 akal yang diberi oleh Tuhan untuk menjana idea dan lalu idea itu dikarang sebagai satu momentum yang ingin dilontarkan kepada masyarakat di luar sana dalam konteks dakwah.
Jiwa golongan lelaki ini mencapah dan bersifat "goal-minded", manakala jiwa golongan perempuan bersifat mikro (menumpu) dan "relationship oriented" sebagaimana ulasan John Gray dalam "Man Are From Mars, Women Are From Venus".
Praktikalnya
Maka, jiwa perempuan yang mikro, menumpu ini perlu digilap dan diasah tajam dalam bidang penulisan. Fakta yang persis dan jitu perlu didapatkan. Perbaiki cara pembacaan kita. Saya menasihati diri saya dan semua supaya tidak hanya mengupdate blog dan facebook hanya dalam konteks luahan perasaan dan gurau-senda berlebihan.
Tetapi, gilaplah minda dan akal untuk menjana keintelektualan kita disamping tidak lupa erti memberi 'sesuatu' kepada masyarakat kerana kita adalah...
Serikandi Sehebat Mujahidah Silam
Biarkan tangan-tangan yang lembut itu bukan sahaja menghayun buaian, malah turut menggoncang dunia.
8 comments:
sya setuju!..hehe.. sya tertarik ngan ulasan John Gray 2 la.. Akak ad ke bku "Mans are from Mars, Women are from Venus" 2?
maaf, saya xde buku tu..
Boleh dapatkan di kedai2 ye..
salam, saudari, pembetulan bkn 22 kanak2 yg meninggal semasa perkhemahan sekolah tu, 22 pelajr yg terjatuh ke dalam sungai akibat jmbtan runtuh, 19 org dapat diselamatkan, seorang meninggal dunia dan 2 org lagi masih lagi hilang... fakta kena tepat juga dalam penulisan saudari...
t.kasih lelaki prihatin yg menegur..
dah baca, terlupa..
cari semula semalam, tidak ketemuan..
t.kasih sekali lagi
Salam wbt.
Saya tertarik dengan artikel saudari ini. Perkara ini sudah lama berlegar-legar di fikiran saya namun saya tidak mampu untuk berbsuara tanpa hujah yang baik. Lantaran itu, saya lebih senang untuk mendiamkan diri dan memperhatikan setiap keadaan yang berlaku.
Sekian lama saya perhatikan sememangnya kaum muslimat kurang menonjol dalam bersuara memberikan pendapat atau cadangan berbanding pula dengan kaum muslimin. Apabila timbul sesuatu isu, kaum muslimin lebih kehadapan berbanding muslimat. Namun, tidak dinafikan ada juga yang tampil memberi pendapat tetapi jumlahnya amat sedikit. Wanita berjiwa lemah lembut, lantaran itu karya-karya puitis banyak terhasil. Tidak salah untuk menerbitkan karya sebegini kerana tidak dinafikan saya juga turut meminati karya-karya seperti ini namun pada pendapat saya isu semasa jangan ditinggalkan. Nasihat saya pada diri saya sendiri dan juga pada semua kaum muslimat, satu anjakan paradigma perlu diwujudkan agar kita tidak ketinggalan. Dengan ini, kita akan mampu untuk setaraf dengan kaum muslimin. Muslimat perlu lebih peka dalam meneliti setiap perkembangan semasa. Biar kita pula menggegarkan dunia! Selain itu, gerakan muslimat juga perlu diperkasakan lagi. Bukan sekadar belajar di kuliah tetapi gerakan muslimat perlu mencari identitinya tersendiri.
Muslimat aktif, hebat, mantap!
Sedikit pendangan yang hina dari seorang hamba.
kl copy paste cerita dr blog orang je boleh ark?
kl copy paste cerita dr blog orang je boleh ark?
Bagus artikel ni, semoga dapat bangkitkan semangat untuk menyertai proses perubahan.
muslimat juga boleh untuk berfikir secara kritikal, ilmiah dan berfakta.
neesa', boleh je kalau copy paste. tapi sebaiknya kita pun perlu ada artikel sendiri selain artikel org.
Post a Comment