Wednesday, July 29, 2009

Sensori Ummah --> [1 Ogos]

Andai ikut subjek saya iaitu Penilaian Sensori Makanan, sensori bermaksud pengukuran dan penilaian terhadap makanan. Pemilihan, latihan dan saringan diperlukan untuk menjadi seorang ahli panel sensori yang baik. Ia adalah penting untuk menganalisa makanan dengan baik dari segi rasa, bau dan tekstur. Deria hidung, mata dan lidah digunakan disamping sentuhan.

Tetapi persoalan yang lebih besar timbul macam mana nak jadi AHLI PANEL SENSORI UMMAH yang baik. Segala masalah, isu-isu dan persoalan ummah diketahui. Enam langkah yang perlu diambil adalah menerima --> mengenal --> tumpuan --> mengingat --> menghurai --> menilai.

Menerima dan mengenal masalah ummah dengan membaca akhbar dan laman-laman web.[Tapi, susahnya nak baca?? Tak ada masa...banyak assignment, gerak kerja dan macam-macam lagi.]-mungkin ada dikalangan kita yang terdetik...

Tumpuan dan mengingat perlunya kepada mengingat fakta bukan pandai-pandai menghurai dengan fakta yang salah. Akhirnya telefon berkarat yang terjadi. Menyampaikan dalam keadaan orang yang terakhir dapat maklumat yang sama dan tepat dengan orang yang paling awal.

Menghurai dan menilai dalam konteks menganalisa dan menyampaikan maklumat melalui pelbagai medium seperti blog, akhbar, risalah dan sebagainya. Adakah dengan mengkritik, menyokong, membantah, simpati dan lain-lain?

Golongan mahasiswa terutamanya perlu menjadi ahli panel sensori ummah yang paling baik kerana kita adalah ANAK MUDA. Maka, latihlah dirimu untuk menjadi ahli panel sensori ummah yang baik kerana anak muda adalah bakal pemimpin negara dan dunia. Segala persoalan ummah perlu diketahui hatta binatang ternakan, tumbuhan dan tanah-tanah yang Allah amanahkan manusia untuk menjaganya.

Ada apa dengan 1 Ogos??

Mungkin ada yang tahu dan dengan tindakan, ada yang tahu tanpa tindakan (sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri), ada yang tidak tahu dan ada yang sipi-sipi tahu tanpa rasa untuk tahu lebih dengan tindakan.

Mahasiswa yang cakna dengan isu kezaliman di Malaysia pastinya akan tahu apa yang akan berlaku hari sabtu ini. Demo Membantah ISA di Istana Negara. Kezaliman yang dimanipulasi oleh sesetengah pihak semata-mata untuk menjaga keamanan negara.

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21944&Itemid=1

Ada apa lagi dengan 1 Ogos??

Terkilan dengan sesetengah da'ei yang katanya tidak minat dengan konsert. Dakwah yang macam mana perlu digunakan andai tiada alternatif kepada hiburan songsang yang membanjiri negara kita? Bumikanlah dakwah kerana mad'u tidak mencari da'ei. Da'ei yang baik yang perlu dekati mad'u.

Maka turunlah beramai-ramai ke Konsert Antara Dunia '09 (KAD '09) bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam. Infaqkan diri, masa, tenaga dan wang ringgit sebanyak RM 10 untuk ISLAM.

Tingkatkan prestasi untuk ISLAM!

7 comments:

Anonymous said...

tak perlu terkilan, hiburan ni melalaikan.. tempelan nama islam tak menghalalkan semua benda.

lebih2 lg apabila yang kita kejar hanyalah muzik dan dendangan... bukan nasihat dan pesanan.. apa jaminan kita, selepas konsert akan lahir satu budaya baru yang lebih sihat?

ratusan ribu dibelanjakan hanya untuk berhibur kononnya untuk kesedaran..

tapi, ini sekadar pandangan. adapun pandangan itu boleh diterima atau ditolak kecuali pandangan Allah dan NabiNya...

Membangun Bersama Islam!!!

Anonymous said...

ermm, mungkin juga pandangan diatas betul dan mungkin juga tidak, sy suka kembali kepada pokok persoalan, anak muda dalam masa yang sama sebagai daie, perkara ini perlu untuk kita fahami bersama, kalau publisiti yang dicari maka bergelar anak muda sajalah yg mahu popular tetapi sebagai daei mana pula jwpnnya..

lagi satu, jangan kita terlalu percaya perubahan perlu dilakukan dan kita perlu buat sesuatu yang baru walaupun bersifat kontroversi dan seumpmanya, perkara ini juga menjanji akibat yang kurang baik..

teruskan sebagai penggerak dakwah yang sentiasa berfikir. menilai dari aspek yang pelbagai..

mudah-mudahan kebaikan bersama yang kita capai...

Anonymous said...

sy anonymous yg pertama di atas. stuju dgn anonymous yg kedua :-)

Anonymous said...

jangan selalu mengkritik,
lihatlah pada diri sendiri apa yg telah disumbangkan dlm islam...

konsert itu atas tujuan mencari alternatif lain utk jiwa para remaja.
lagipun kumpln nasyid yg dijemput adalah raihan, rabbani, hijjaz n s harakoh...ade nasihat dan pesanannya..

afifah jaafar said...

bismillah...

sy terima smua kritikan, pndpt dll...
msing2 ade pndpt..
syukran jazilan diucapkan

kpd anonymous prtama,
yg pastinya, sblm prog di bentang kertas kerja, syura da dilakukn stiap manfaat dn mudharat yg akn jadi demi meneruskan agenda dakwah yg membumi kpd smua lapisan msyrkt..
hasilnya, alhamdulillah..kt lihat plbagai golongn yg dtg smlm..
syukur pd Illahi..
tak smua hiburan melalaikn..demi mencari hiburan yg halal, da'ei yg perlu lakukn perubahan..
mcm anonympus keempat kta, ade nshat dn pesanan yg terbit dlm konsert smlm...

kpd anonymous kedua,
bkn publisiti kpd yg bergelar anak muda semata-mata..
tp sbg 1 anjakan paradigma kpd smua da'ei yg brgelar anak muda...
spya dakwah yg dilakukn pd msyrkt benar-benar memberi impak yg maksima bkn skdar atas angin semata-mata...
cuma 1 prsoalan, kenapa tidak prcaya pd perubahan??
perubahan akn dtg bila2 andai dgn izin Allah dan pergantungan yg kuat pd Dia..sgalanya tidak ada yg msutahil...

kpd anonymous yg keempat,
suka pd muhasabah diri yg sepatutnya...
tiap saat, tiap minit, tiap jam, tiap hari, tiap ketika, APA YG AKU DAH BUAT UTK ISLAM??

Anonymous said...

ana setuju dengan penulis...kerana ana sendiri melihat dan hadir pada konsert malam tue...macam-macam aktiviti dilakukan...pengunjung pun terdiri pelbagai latar belakang,sama ada Islam,melayu,cina,india,pakai tudung,xpakai tudung semua hadir...pada masa sama kebanyakan booth yang dibuka bercorakkan Islamik,then dakwah bil hal juga turut berlaku antara penunjung dan urussetia...
Suatu konsep yang baru cuba ditonjolkan pada program tersebut...then konsert pada malamnya..bagi ana,menarik dan banyak unsur-unsur dakwah diterapkan...kesedaran ditimbulkan,proses mengajak kepada Islam dilakukan dan sebagainya...inilah sesuatu yang insyaAllah akan membawa kepda hiburan mengenal Allah...insyaAllah

Awang said...

salam,

kepada encik di sini ku mencari sinar,

ana g jgk konsert tuh, npe nta x inform.. kot2 bole liqa kt sne..

nway, keep struggling for mardhotillah, slmt melalui ihya ramadhan =P