Friday, July 17, 2009

Erti Sebuah USRAH

Rata-rata mahasiswa/i sekarang ramai dah kenal apa itu usrah. Bukan mahasiswa/i sahaja, bahkan masyarakat di luar sana. Kalau dulu, ada yang takut tatkala mendengar perkataan 'usrah'. Seolah-olah masuk ke satu lubuk yang ada kegiatan bawah tanah. Tapi hakikatnya usrah adalah suatu keperluan buat umat dewasa kini. Kerana dengannya, satu ikatan yang tidak dapat digambarkan terjalin. Antara Tuhan dan hamba, bahkan antara sesama hamba-Nya.

Dalam mempersoalkan sejauh mana konsep usrah, ramai yang faham usrah adalah suatu halaqah, duduk dalam bulatan yang kadang-kadang tidak relevan dengan suasana kini. Sejauh mana, semua naqib/ah menjalankan ketiga-tiga rukun usrah yakni ta'aruf, tafahum dan takaful.

Proses ta'aruf berjalan dalam sepanjang masa bukan terhad pada waktu usrah sahaja. Sekadar berkongsi sesuatu. Tidak dapat digambarkan apabila 'tafahum' dan 'takaful' berjalan seiring dalam usrah kita.

Seinfiniti penghargaan yang tidak terhingga buat ketiga-tiga anak usrah saya.

Nurfarhana bt Mohd Apandi (fst/2)
Izzah Syazwani bt Ahmad (fst/2)
Nornastasha Azida bt Anuar (fst/2)

Beban yang cukup berat dapat diringankan dengan bantuan adik-adik ini. Tidak tergambar rasa syukur dan gembira. Itulah nikmat erti sebuah USRAH.

Seorang naqib/ah adalah pencetus kepada anak-anak usrah mereka bukan hanya memberi dan terus menyuap. Tetapi pencetus kepada setiap pergerakan mereka yakni bahan bacaan apa yang dibaca, gerak kerja, amalan fardi dan lain-lain lagi.

Ukhwah yang dicetus perlulah lahirnya dari hati, maka akan terciptalah ikatan hati yang cukup-cukup indah untuk dinikmati. Tidak kira dari naqib/ah atau anak usrah sendiri.

Saya seru diri saya dan sahabat-sahabat yang bergelar naqib/ah, jangan jadikan usrah seperti kuliah untuk pengisian. Tetapi zahirkanlah usrah sepertimana maksudnya iaitu 'keluarga'. Sepertimana kita berada di rumah bersama keluarga, maka seperti itulah konsep 'keluarga' perlu diaplikasikan dalam usrah.



Saling berkasih-sayang, saling topup antara satu sama lain tidak kira dalam apa jua bentuk sekalipun.

Usrah yang dibawa perlu ada suatu matlamat. Antara salah satunya yang digembar-gemburkan oleh pihak GAMIS adalah Negarawan Muslim. Tidak mustahil anak-anak usrah yang dilahirkan menjadi seorang perdana menteri, ulama' dan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Terima kasih kepada kakak naqibah saya, NUR HANISAH MOHD NOR AFANDI yang bergelar seorang pendidik tika waktu sekarang.

Nikmatilah U.S.R.A.H

3 comments:

AdH said...

Assalamualaikum,

Terima kasih penulis. Artikel ini mengingatkan saya kepada usrah pertama yang saya ikuti di matrikulasi dahulu sekitar awal tahun 2002. Dan alhamdulillah kini masih mengikutinya walaupun telah belajar di merata-rata tempat. Sangat manis untuk dikenang. Banyak yang saya pelajari dalam usrah. Rugi sekiranya kita mensia-siakan peluang dapat mengikuti usrah :)

Unknown said...

Dalam mempersoalkan sejauh mana konsep usrah, ramai yang faham usrah adalah suatu halaqah, duduk dalam bulatan yang kadang-kadang tidak relevan dengan suasana kini.

- salam.. ukhtifillah.. alhamdulillah artikel yang baik.. cuma mohon dijelaskan kenyataan di atas?
apa yg tak relevennya??

moga ukhti dan ana lebih memahaminya- insyaallah

evergreen said...

kadang tidak relevan dgn keadaan skrg sbb tidak semua mad'u/ anak usrah suka usrah berkonsep bulatan/halaqah...usrah mungkin blh terjadi sewaktu jogging, dalam kereta dll...tidak perlu rigid ianya perlu kpd perbincangan di dlm bulatan atau halaqah...sbb mmg ada org yg sebegini...sgt suka usrah tp usrah yg diformulasikan dgn pelbagai cara..