Thursday, August 13, 2009

Kehidupan umpama pokok

Andai diperhatikan pada sebatang pokok...
Asalnya daripada biji benih yang kecil. Kemudian membesar menjadi sebatang pokok yang muda dan akhirnya matang apabila mencapai usia yang sepatutnya. Masa terus berputar dan akhirnya pokok tersebut mati apabila tempoh masanya berakhir dengan melihatnya ciri-ciri fizikalnya yang menjadi warna coklat.




Begitulah kehidupan manusia sebenarnya. Daripada kita lahir menjadi seorang bayi...membesar samada hanya menjadi seorang manusia atau menjadi seorang insan yang mukmin seperti termaktub dalam Al-Quran. Dan sampai satu masa, manusia itu mati apabila malaikat yang ditakuti itu datang..malaikat izrail.. Roh dijemput samada dalam keadaan baik ataupun buruk tidak kira masa hatta di atas katil.

Kita selalu takut mendengar kematian tetapi sejauh mana persiapan kita menghadapinya??fikir-fikirkan...

Tiga kematian orang terdekat dengan saya sepanjang minggu ini...

Pada hari selasa, luluh jantung apabila mendapat khabar berita daripada adik mohd nasai bin ab azais (adik ex-kmpk). Ibunya meninggal dunia setelah mendapat darah daripada seorang penderma. Tetapi ajal tetap ajal. Ibu nasa'i tetap kembali ke rahmatullah. Sebak rasanya kerana saya dapat rasa apa yang nasa'i alami cukup-cukup berat. Moga kesabaran sentiasa menjadi pendamping dan diberi kekuatan yang cukup-cukup utuh.

Pada keesokan harinya, hari rabu. Adik saya lagi seorang mendapat ujian yang sangat berat buat dirinya. Ayahnya baru meninggal dunia awal tahun lepas. Dan kini, pada hari rabu, ibunya juga kembali ke rahmatullah. Terkedu tidak terkata kerana adik muhammad asyraf b abd jamil (fpi/1) hilang kedua-duanya pada tahun yang sama. Minta kepada sahabat-sahabat yang ingin meringankan beban adik asyraf, boleh sumbangkan terus melalui tabung derma kilat ISIUKM.

Hari ini, khamis, satu lagi roh insan yang cukup-cukup banyak menyumbang pada Islam dalam bentuk hiburan nasyid kembali juga ke rahmatullah. Beliau adalah Ustaz Asri Ibrahim, vokalis kumpulan Rabbani. AL-FATIHAH. Terbayang-bayang bekerja bersama-sama beliau dalam Konsert Antara Dunia '09 anjuran GAMIS pada 1 Ogos yang lepas. Beliau cukup-cukup komited dalam perjuangan menegakkan Islam melalui hiburan. Moga Allah menerima amalan kita semua semasa di dunia ini.

Renungkanlah pokok-pokok di tepi jalan sewaktu berjalan-jalan samada berjalan kaki, menaiki motor atau kereta kerana di situ terdapat 1001 hikmah bahawa kehidupan manusia juga seperti pokok yang akan mati satu hari nanti...BERSIAPLAH!!

1 comment:

Yusry Yusopp said...

saudaraku..kematian itu tidak pernah jatuh.. malah ia makin mendekati.. perginya tidak akan kembali..tetapi sedia dimaklumi..bila-bila kita akan menyusul.. saya menyukai nukilan ini :-D

p/s: ":-D 25 aktiviti & Permainan Percuma Usrah/LDK di creativesifu.blogspot.com.. InsyaAllah dari semasa ke semasa akan bertambah :-D"