Sunday, May 3, 2009

Cemerlang dengan pertolonganNYA



Teringat perbualan saya dengan sahabat-sahabat....
“Rasa macam teruk je sem ni punya result...macam mana ya?”
"Jadual seorang mujahidah tak sama dengan bebudak biasa...kita kena buat sesuatu sebelum semua terlambat grad nanti,"seorang sahabat menyampuk.
“Apa kata kita buat study group sem depan?kita ajak sorang, 2 orang bebudak biasa..”seorang sahabat lagi menjawab.

Sahabat pertama tadi berkata,
"ok jugak..kita ajak si Y dengan si A ok?...diorang ni pandai. Kita kena manfaatkan kepandaian diorang,"
"Betul..setuju! Dah tak larat tengok result yang makin down tiap sem,"

Itulah yang dialami oleh sahabat-sahabat saya terutamanya dari Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Subjek yang berat makin membuatkan sahabat-sahabat down. Namun tautan ukhwah mampu menghadapi segala mehnah dan tribulasi.

Semester yang datang kembali lagi. Jadual belajar diatur bersama-sama. Namun, bila dilihat akan jadual hidup sahabat-sahabat, susah untuk mencari kelibat masa yang lapang. Program-program, kelas kuliah, usrah dan segala bentuk aktiviti mengisi diari seoang pejuang. Namun tiada apa yang mustahil dengan kehendak-Nya. Jadual study group tetap cuba diatur.

Hari yang dijanjikan untuk study group hadir. Tetapi, apa yang berlaku?? Semuanya ada hal adhoc yang perlu dilaksanakan atas dasar amanah yang dibawa. Aduh! susahnya nak buat...

Akhirnya STUDY GROUP yang disusun terbiar begitu sahaja. Masing-masing meneruskan kehidupan menuju haluan masing-masing kerana semuanya memegang posisi yang berbeza-beza.

Pertengahan semester datang kembali. Kali ini pastinya seluruh warga kampus sibuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan pertengahan semester.

"Macam mana ni??nak exam dah...Masuk kelas ngantuk lepas tu tak sempat nak buat revision...Biokimia, kimia makanan, pemakanan, kaedah pemisahan...belum subjek yang lain lagi," seorang sahabat mengeluh.



Serabut segala-galanya di dalam otak dengan kesusahan setiap subjek yang perlu dihadam. Namun pertolongan ALLAH S.W.T. itu pasti datang apabila kita membantu agama-Nya. Janganlah khuatir dan risau wahai sahabat-sahabatku.

"Hari tu dengar bebudak ni nak buat study group. Exam kita first biokimia kan? Esok malam diorang nak buat. Kita join je lah..."

Pada malam tersebut dengan izin Ilahi, saya bersama-sama sahabat-sahabat dapat memahami subjek biokimia melalui study group yang bukan dalam perancangan kami tapi bahkan perancangan Allah yang mengaturnya.

Esoknya alhamdulillah, segala kesukuran dirafakkan pada ALLAH S.W.T yang memudahkan kami menjawab pepriksaan Biokimia tersebut.

Moga segala urusan sahabat-sahabat dimudahkan ALLAH S.W.T...

No comments: