Berhadapan dengan masyarakat pastinya mengundang seribu satu perasaan...
Sedih...kesian...geram...marah...takut...
Tetapi mereka tetap yang dikatakan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.
Muktakhir ini kita melihat pelbagai krisis masalah yang berlaku pada masyarakat. Bermulalah dari seorang kanak-kanak sehinggalah ke peringkat pemimpin negara kita. Segala-galanya mempunyai jiwa yang sakit tidak berlandaskan pada Al-quran dan as-sunnah.
Kisah "si raja" yang sudah berkuasa namun tidak habis-habis dengan segala cerita peribadinya yang sebenarnya tidak melayakkan "si raja" ini menduduki takhta sebagai "raja".
Kisah krisis masalah sosial teruatama yang berlaku pada remaja-remaja kita yang sampai ke hari ini belum dapat diselesaikan hingga ke akar umbinya.
Kisah status agama anak yang belum beragama Islam dan ingin diislamkan oleh ibu dan ayahnya namun diperkotak-katikkan hingga tidak merujuk kembali pada undang-undang yang pertama dari Ilahi. Sekadar merujuk pada undang-undang yang dicipta oleh manusia.
Pernah lihat gambar di atas?? Ini adalah daripada gambar petikan lakonan arahan Syamsul Yusof dengan filem terbarunya "Bohsia". Bukan untuk promosi tetapi untuk kita renung-renungkan apa yang sudah terjadi pada umat Nabi Muhammad.
Seorang penulis pasti akan menulis sesuatu berdasarkan pengalaman dan apa yang dilihat. Bermakna filem diatas diadaptasi hasil daripada pemerhatian terhadap masyarakat negara yang kita sayangi ini. Itulah realiti masyarakat yang semakin hari semakin sakit dengan timbunan masalah yang tidak diselesaikan dengan kaedah yang "terbaik".
Andai difikir-fikirkan semula, sesak kepala memikirkan segala masalah yang berlaku untuk diselesaikan. Namun jangan berfikir seorang diri tanpa menterjemahkannya. Berfikir dengan sahabat-sahabat, bertindak dengan tepat dan bijak bagi menyelesaikannya.
Lakukan walau satu tindakan daripada tiada tindakan langsung yang dilakukan.
Ayuh sahabat-sahabat!!
Gerakkan minda dan lakukan tindakan!!
No comments:
Post a Comment