Friday, April 17, 2009

Maralah ke hadapan!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Malu saya nak ungkapkan kata-kata kejayaan kerana tiadanya kejayaan yang dikecapi sejak hari pertama di UKM. Walaupun makin jatuh, tapi dengan kudrat dari Illahi, terus bangkit dan mara ke hadapan untuk perjuangan menegakkan ISLAM...

Walau diri kita teramat sangat banyaknya kekurangan diri, daif lagi hina, namun hanya dengan keyakinan pada ALLAH, mampu merealisasikan impian. Impian membangunkan Islam yang semakin hari, makin dihina, direndah-rendahkan, sehingga diletakkan di tempat yang rendah.

Tiada siapa yang perlukan kita tapi kita amatlah sangat memerlukan Islam dan jemaah ini. Kalau bukan kita, siapa lagi yang mampu teruskan perjuangan ini??

Tekadkan hati dengan sebulat tekad berusaha mengulangkaji pelajaran...

Panjatkan seinfiniti doa pada Rabbul Izzati...

Tetapkan seluruh tawakal pada ALLAH yang Maha Berkuasa...

Biarlah Dia yang menentukan segala usaha kita, bangkitkanlah result akademik sahabat-sahabat untuk ISLAM!!!
Maralah kehadapan!!
Kerana Islam itu tinggi dan penganutnyalah yang akan meninggikannya...

Jangan direnung letihnya usaha, tapi renunglah manisnya sebuah kejayaan...

Salam Imtihan buat semua sahabat-sahabat yang akan mengambil final exam bagi semester ini...

Memberi dengan rasa mahabbah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tertarik mendengar pelbagai ragam anak usrah naqib/ah masing-masing. Ada yang macam ini, ada yang macam itu...bak kata orang macam-macam...dengan adanya kelebihan dan keburukan masing-masing..

Tetapi yang pasti setiap naqib/ah ahli gerakan pastinya mahu melahirkan kader-kader dakwah untuk generasi akan datang penyambung perjuangan suci Nabi Muhammad SAW.

Pelbagai method dan cara yang ingin diberikan dengan penterjemahan yang berbeza-beza dikalangan setiap naqib/ah untuk aktiviti usrah masing-masing. Musliminnya kadang-kadang lebih pada gerakan fizikal dalam method usrah tetapi muslimat sebaliknya. Lebih suka berteleku mendengar naqibah memberikan pengisian yang kadang-kadang macam bagi ceramah.

Menurut rukun bai'ah Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, rukun bai'ah yang pertama adalah faham. Macam mana nak bagi anak-anak usrah faham dengan segala konsep-konsep islam, iman, ibadah, akhlak, harakah islamiyyah dan jemaah??

Yang pastinya setiap dari kita suka akan usrah yang pelbagai bentuk dan pengisian dari naqib/ah yang mantap. Tapi tak semua naqib/ah mampu melakukan sedemikian rupa.

Yang pasti dan sepasti-pastinya, semua naqib/ah mampu memberi dengan kasih sayang. Walaupun tidak sehebat mana, tapi andai dengan rasa mahabbah dan kasih sayang untuk memberi, maka pastinya anak-anak usrah akan rasa ikatan hati itu.

Berilah dengan kasih sayang...
Berilah dengan rasa mahabbah...

Maka akan timbullah rasa seronok dan penuh kasih sayang akan usrah atau keluarga yang kita cipta itu...