Suatu ketika Umar bin Khattab mendengar keluhan daripada seseorang mengenai solat Saad b Abi Waqqas. Menurut laporan orang itu, solat Saad b Abi Waqqas tidak bagus. Umar segera memanggil Saad bin Abi Waqqas yang pada ketika itu menjawat jawatan gabenor di Kufah.
"Wahai Saad, ada yang melaporkan kepadaku bahawa solatmu tidak bagus?" tanya Umar.
"Sungguh, aku solat seperti yang dikerjakan Rasulullah s.a.w. Tidak kurang dan tidak lebih. Aku melakukan solat Isyak dua rakaat pertama lebih lama daripada dua rakaat kedua," Saad menerangkan.
Umar bin Khattab tidak langsung begitu sahaja mempercayai jawapan gabenor itu. Dia memerintahkan seseorang untuk menyelidik peribadi Saad. Daripada pemantauan orang suruhan Umar, justeru masyarakat memuji kebaikan Saad. Hanya ada seorang yang begitu benci dan memburuk-burukkan.
"Saad tidak pergi ke medan perang. Dia tidak pernah membahagikan harta rampasan dengan sama rata dan tidak pernah memutuskan perkara dengan adil," tutur lelaki itu.
Mendengar hal itu, Saad bin Abi Waqqas segera berdoa, "Ya Allah, kalau orang ini berdusta, aku meminta kepadamu tiga perkara. Panjangkanlah umurnya, panjangkanlah melaratnya dan masukkan dia ke dalam fitnah."
Doa Saad bin Abi Waqqas dikabulkan. Lelaki itu dipanjangkan usianya dalam keadaan melarat. Alisnya panjang sampai menutup matanya. Kalau melihat anak-anak gadis lalu di depannya, dia selalu mengedipkan matanya. Kalau ditanya mengenai keadaan dirinya, dia menjawab, "Aku seorang lelaki tua, ditimpa cubaan dan akibat doa Saad."
Kisah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim itu merupakan contoh betapa doa tidak boleh dianggap remah. Apa lagi kalau keluar daripada mulut oarng-orang yang dizalimi.
Kekuatan doa begitu dahsyat. Kedahsyatannya tidak dapat dikalahkan.
Doa adalah SENJATA orang beriman. yang tidak mungkin dikalahkan oleh sekuat apapun musuh.
Doa tidak hanya melahirkan optimisme dan harapan, tetapi juga mengukuhkan langkah dan rancangan.
Ketika seorang mukmin tidak memiliki apapun, doa boleh menjadi BAJA bagi keimanannya.
Doa boleh menjadi BAHAN BAKAR bagi semangatnya.
Kaedah inilah yang menjelaskan, walaupun telah mendapat jaminan ampunan dan pertolongan daripada Allah, para nabi tetap berdoa.
Petikan di atas adalah hasil daripada buku yang saya baca iaitu "Belajar dari Dua Umar- Kenyangkan Perut Rakyat" hasil nukilan Hepi Andi Bastoni dengan eksklusif pandang sisi oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Buku ini sangat menarik. Namun apa yang ingin saya
highlight disini, bukan mengenai buku ini tetapi betapa pentingnya doa dalam kehidupan seharian kita.
Kadang-kadang kita selalu berkata "Aku akan berjaya ni sebab dah banyak usaha aku...aku da
study banyak
....da buat
study group.....semua lecturer aku dah jumpa....
yes!!!aku mesti
score A punye"
Masa itu, manusia lupa Siapa yang mencaturkan seluruh kehidupan manusia, Siapa yang meluluskan menggagalkan peperiksaan kita dan segalanya.
Maka bersempena perang
exam yang akan kita tempuhi tidak lama lagi ini, saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat, pergiatkanlah usaha disamping jangan sekali-kali lupa untuk berdoa kepada Yang Mengatur perjalanan hidup kita.
Perbanyakkan solat hajat dan solat istikharah disepanjang perang
exam yang akan kita hadapi ini supaya ALLAH memberi kita laluan mudah untuk menjawab segala soalan yang dikemukakan.
Dan akhir sekali tentunya bertawakal. Kerana manusia itu merancang dan berusaha. Namun perancangan ALLAH itu yang paling baik. Berserahlah segala usaha dan doa kita kepada DIA. Serahkan dengan rasa cinta dan kasih sayang pada ALLAH. Maka Dia akan menyerahkan cinta dan kasih sayang dengan lebih mendalam kerana cinta dan kasih sayangNYA teramat luas.
USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN UNTUK ISLAM!!!