Pilu hati ini apabila melihat masyarakat di luar sana.
Apabila saya ke UITM minggu lepas, saya menziarahi seseorang yang terlalu dirindui. Kesyukuran yang tidak terhingga apabila Allah menemukan kami semula selepas terpisah lebih kurang dua tahun dengan pelbagai dugaan yang timbul. Dia kini menuntut dalam bidang Sains Sukan di UITM.
Walaupun pada awal perancangan adalah untuk keluar bermain bowling, tetapi atas sebab dia mempunyai peperiksaan pada pukul 2 petang. Maka saya hanya menemankan dia membaca untuk peperiksaan yang akan ditempuhi. Tepat pukul 11 pagi saya sampai ke Kolej Delima Satu, UITM. Rasa seperti ingin memeluk orang yang terlalu dirindui namun tidak kesampaian. Selama lebih kurang dua jam saya menemankan dia. Kami juga banyak berbual dan bergurau senda selepas lebih dua tahun tidak bertemu.
Syukur pada-Mu ya Rabb.
Namun jauh disudut hati, ada yang sesuatu yang saya terkilan dan sedih. Hati menangis apabila melihat keadaan orang yang dirindui ini. Dia tidak seperti dahulu. Dia tidak lagi manis dengan bertudung dan berbaju kurung seperti dahulu. Pakaian dan imejnya sudah menyerupai jantina lelaki.
Adakah sebab atas kesilapan dosa-dosaku yang lepas dengan tidak membimbing dia???
Dalam masa dua jam itu, kami duduk di luar Kolej Delima Satu. Kawan-kawan atau member-member dia melihat kami dan menanyakan siapakah saya.
Sedih melihat mereka kerana kebanyakannya yang sememangnya berjantina seorang kaum hawa tetapi berimej seperti kaum adam. Kebanyakannya begitu terutama dalam bidang ’Sains Sukan’. Adakah bidang ’Sains Sukan’ perlu kepada perubahan imej daripada kaum hawa kepada kaum adam???
Terlalu sukar untuk menafsir mereka. Namun sebenarnya mereka sama seperti orang lain yang perlukan kasih sayang.
Mereka haus....mereka dahaga....mereka mencari....
Tetapi dalam proses pencarian mereka akan matlamat hidup sebenar, mereka tersasar....mereka jatuh....akhirnya rasa ”seronok” dengan hidup yang ada sekarang.
Bagi seorang yang bergelar seorang pelajar, seolah-olah sudah cukup dengan hanya belajar sampai phD, berkahwin, memperolehi anak dan seterusnya. Atau yang lebih parah bagi sesetengah remaja, cukup dengan hanya pergi ke kuliah, shopping, makan bersama teman-teman dan bergurau senda. Atau yang lebih parah lagi, keluar ke disko, pub, beronggeng bersama member-member.
”Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui.”- Ar Rum, ayat 64
Ya Allah, takut dengan hidup sebegitu.
Syukur pada-Mu ya Rabb dengan kurniaan iman dan islam ini.
Sesungguhnya inilah nikmat-Mu yang paling besar.
Dan silapnya seorang yang bergelar da’ie. Terlalu berasa “selamat” dalam kelompok yang bertudung labuh, yang berkopiah sepanjang masa.
Ayuh, bangunlah wahai sahabat-sahabat!!!
Jalankan tanggungjawab dan amanah yang Allah beri ini untuk bangunkan ummah, untuk dekati mad’u-mad’u yang berseluar pendek, yang tidak bertudung. Mereka mencari…… dan jangan sampai satu masa nanti kelak diakhirat, mereka menyalahkan setiap yang bergelar da’ie atas sebab tidak mendekati mereka.
Dan saya menyeru pada diri saya dan sahabat-sahabat, carilah……dan teruskan pencarian dalam mencari destinasi sebenar hidup ini. Maka satu hari nanti, mata ini akan menangis, menangis semahu-mahunya kerana DIA menunjukkan jalan yang sebenar, MARDHOTILLAH.
~ InDaHnYa HiDuP dEnGaN ISLAM ~
1 comment:
semoga allah memberi petunjuk kepada nya.
Post a Comment