Tuesday, December 2, 2008

SIS vs. MFK


Y.O.G.A


Seluruh dunia diberitakan dengan pengharaman aktiviti yoga apabila Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) mengeluarkan fatwa pengaharaman yoga.


Sejauh mana perkaitan antara Sister In Islam (SIS) dengan pengharaman yoga baru-baru ini.


Dipetik dari akhbar Harakah tulisan kolumnis Mohamed Hanipa Maidin.


Diberitakan Sister In Islam menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung pengharaman yoga. Antara alasan yang dikemukakan oleh SIS adalah:-


Alasan Pertama: Tiada sebarang bukti yang dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan. Menurut SIS, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan seorang yang beragama Islam bertukar kepada agaman Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.

"Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkanundang-undang terhadap aktiviti senaman yoga sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?"kata Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi.


Hujah untuk menjawab persoalan ini -->


a) MFK melihat kepada "nature" amalan yoga itu. Jika amalan itu mempunyai unsur-unsur agama lain seperti agama Hindu, maka ianya tidak dibenarkan di dalam Islam meskipun pengamal yoga itu tidak bertukar kepada agama Hindu.


b) Kita melihat kepada 2 contoh ini:-

i. Perbuatan zina adalah haram dan begitu juga dengan perkara-perkara yang membawa kepada zina. Maka perbuatan-perbuatan yang menghampirkan kepada zina juga dilarang keras oleh Allah.

ii. Meminum arak hukumnya jelas adalah haram. Maka, perkara-perkara yang membawa ke arah meminum arak juga turut haram seperti membuat arak, mengangkut arak ke kedai-kedai dan sebagainya.

Dengan melihat kepada contoh ini, bukan sahaja perkara yang haram itu sahaja yang haram, malah perkara yang MEMBAWA kepada yang haram itu juga adalah haram.


Alasan Kedua: pihak SIS mempunyai alasan yang kukuh bahawa amalan yoga ini tidak lebih daripada sekadar satu senaman untuk kesihatan.


Hujah untuk menjawab persoalan ini -->


a) Nukilan Ann Pizer didalam About.com di bawah tajuk "Is Yoga a Religion?" beliau antara lain menyatakan: " Yoga does share some things in common witg religion. including the study of ancient texts and gathering of like-minded individuals for study under a learned teacher, but these things alone do not constitute a religion.. Though some yoga practises encourage meditation on a universal spirit, which may even be called God, the nature of that God is left open to inpretation"


b) Andai yoga hanya sekadar satu senaman kesihatan, tidak mungkin MFK memutuskan yoga adalah haram kerana dalam menentukan perkara haram dan halal adalah tidak boleh dipandang enteng dan tidak boleh diputuskan begitu sahaja tanpa pengkajian yang teliti.


Sehubungan dengan itu, nasihat kepada semua orang Islam agar menghormati fatwa ini demi menjaga aqidah umat Islam. Ianya hanyalah haram kepada orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu bimbang.
~IsLaM ItU InDaH~


No comments: