Monday, January 18, 2010

Membetulkan Persepsi dan Perspektif

Pertama sekali, saya memohon keampunan dari ALLAH S.W.T serta kepada ibu dan ayah saya. Saya sangat takut andai persepsi yang berlawanan apabila sahabat-sahabat membaca artikel di bawah iaitu - Setitik Madu dan Secawan Gula

1. Kesilapan saya adalah menceritakan perihal hal sebenar dengan meletakkan nama saya yang sebenar dengan situasi yang saya alami.

2. Na'uzubillah, andai ada sahabat-sahabat yang membaca artikel ini bersifat umpatan atau memburukkan ibu dan ayah yang sangat saya sayangi. Na'uzubillah...jangan sekali-kali ada persepsi begitu.

3. Tujuan artikel ini adalah semata-mata untuk menceritakan pengalaman supaya dijadikan pengajaran kepada sahabat-sahabat yang mengalami perkara yang sama. Supaya doa yang dipanjatkan kepada Allah S.W.T jangan sekali-kali terputus dalam melembutkan hati ibu dan ayah agar bersama-sama dengan perjuangan menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini walaupun hanya menyokong.

4. Andai saya mengatakan amanah dan tanggungjawab yang saya pikul adalah banyak sebesar gunung sehingga tidak berupaya untuk pulang ke rumah selalu, itu adalah tidak betul. Sebelum ini, tidak pernah saya menyatakan perihal segala jawatan dan amanah yang saya pikul kepada ibu dan ayah saya. Tetapi entah kenapa, saya telah menceritakan perkara sebenar kepada ibu dan ayah saya pada ahad yang lepas.

5. Saya sangat tidak suka apabila ibu dan ayah saya berkecil hati dengan kelakuan saya. Saya terlalu dan amat memahami sebab keinginan ibu saya yang menginginkan saya sentiasa pulang ke rumah dalam waktu-waktu yang singkat ini. Maka, saya sangat bersedih apabila ibu dan ayah berkecil hati dengan kelakuan saya. Sekali-kali tidak bermaksud melakukannya...

6. Sampai ke saat ini, hati kecil saya sangat terlalu ingin ibu dan ayah saya memahami gerak kerja Islam yang suci ini setelah sekian lama saya memendamkan segala gerak-geri saya bergerak kerja Islam.

7. Sesungguhnya, segala ujian, mehnah dan tribulasi yang dialami sepanjang bergerak kerja Islam adalah sangat manis dan jangan sekali-kali kita mengeluh.

Ini adalah method dan kaedah saya memberi. Harap persepsi dan perspektif sahabat-sahabat yang membacanya tidak negatif. Mungkin ada sebahagian ayat atau perkataan yang salah saya gunakan walaupun sebenarnya saya tidak bermaksud negatif. Segala teguran dan nasihat sahabat-sahabat saya perlukan.

Wa'allahualam

2 comments:

Cik Hijau said...

Salam sayang dan rindu dari bumi anbiya buat sahabatku.

Insya Allah sahabat di luar sana yang memahami cuba untuk tidak bersangka buruk malah mengambil ibrah yang baik.

Dakwah bermula dari keluarga. Maka ibu ayah juga kadang adalah madu kita. Jadi jangan terlalu risau dengan persepsi. Manusia semua tidak sama. Cuma mungkin boleh perhalusi dan berjaga-jaga.

Semoga sahabatku diberi kekuatan dan ruang.

~yang kurang layak berbanding dirimu~

hafiz said...

salam..buatlah yang terbaik utk ibu dan ayah anda,imbangi dakwah n tanggungjawab terhadap ibu bapa supaya adil agar tidak ade pihak yg terasa..ibu bapa lebih penting tp dakwah juga penting bg memartabatkan syiar islam..beri keutamaan mengikut keperluan,xperlu keliru..kalau ibu bapa berkecil hati dgn anda,cubalah doa byk2 atau ikut ape kemahuan ibu bapa anda dan dlm maser yg sama dkwahkn mereka dan org sekeliling anda yg terdekat(termasuk jiran) kerana dkwah bermula dari rumah sebelum kita keluar mendkwah org lain yg lbh jauh dr kita..dari c2 apabila ibu bapa anda fhm n lihat sendiri usaha anda,mungkn dari c2 juga ibu bapa anda akan terbuka hati utk membenarkan anda bergerak aktif dalam program2, persatuan n aktiviti dkwah dgn lebih masa lg..ini cuma pandangan saya,andai silap n terkasar bahasa saya mohon maaf.