Saturday, January 16, 2010

Setitik madu dan secawan gula

Kehadiran saya dan dua orang sahabat ke program Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor di Hotel Blue Wave, Shah Alam mengundang pelbagai perkara yang mengisi benak fikiran. Emosi sedih menguasai.

Dalam satu slot program semalam pula, saya mendengar Kak Ain sebagai salah seorang fasilitator program bercerita.

"Akak nak supaya semua alert benda ni terutama muslimin supaya faham keadaan muslimat. Akak tahu, semua yang ada kat sini, belum berkahwin lagi. Tapi, akak nak bercerita sedikit. Akak ada 3 orang anak. Umur 3 tahun, 2 tahun dan setahun. Bila akak pergi ke program-program, kadang diri akak rasa masyarakat memandang, leceh dan renyah apabila akak membawa ketiga-tiga puteri kesayangan. Akak takkan tinggalkan anak-anak akak di rumah walaupun ada pembantu. Sebab akak tahu tanggungjawab akak sebagai ibu. Ke mana-mana program pun akak akan bawa anak-anak akak bersama. Akak tahu nawaitu akak sumbangan untuk islam tetap kena jalan. Perkataan paling bahaya apabila adik-adik semua menyatakan "NAK BEREHAT". Tiada istilah rehat dalam kehidupan kita sebagai da'ei dan khalifah Allah walaupun sudah berkahwin dan mempunyai 10 anak sekalipun."

Kak Ain cukup gigih dan cekal ingin melaksanakan sesuatu untuk "Islamic Movement for Ummah". Masa yang diberikan oleh Allah S.W.T sebanyak 24 jam benar-benar dimanfaatkannya sebagai khalifah, da'ei, ibu dan juga isteri.

Kisah 'Asma bt Abu Bakar bermain di fikiran. Dalam keadaan sarat mengandung, beliau memberikan sumbangan yang sangat-sangat besar dalam penghijrahan Rasulullah dan Saidina Abu Bakar ke Madinah hanya dengan membawa bekalan makanan. Malah, turut bijak melakukan tipu helah semasa berhadapan musuh Islam, laknatullah kafir Quraisy.

Lantas, saya teringat, Ustaz Hasrizal pernah menyebut di dalam blognya. Masa yang benar-benar berkualiti semasa bersama keluarga adalah semasa ahli keluarga saling memperingati dan nasihat-menasihati. Masa yang berkualiti juga adalah apabila ahli keluarga benar-benar bersama-sama melakukan sesuatu aktiviti. Bukan bersama-sama di dalam satu rumah, tetapi masing-masing membuat kerja masing-masing.

Pagi tadi, saya terus pulang ke rumah mencium tangan bonda untuk meminta ampun dan maaf serta melakukan sesuatu untuk melihat beliau tersenyum gembira dengan kepulangan anak perempuannya. Namun,.............

"Ummi kecil hati dengan fifah. Hari tu kata dah janji nak balik tiap-tiap minggu sepanjang praktikal ni. Abah pun kecil hati. Dari umur 16 tahun, duduk asrama berjauhan dengan ummi dan abah, nanti nak kahwin akan-akan datang, ummi dah tak boleh kacau. Siapa lagi penting, persatuan dan jawatan tu ke atau ummi dan abah?"tanda ummi sangat marah

"Ummi, fifah sangat nak ummi faham amanah dan tanggungjawab fifah. Hari-hari, fifah doa, muhasabah diri, minta ampun pada Allah dan cari macam-macam cara untuk bahagiakan ummi dan abah."Air mata yang bercucuran menjadi peneman dan penguat tatkala sangat berasa keseorangan.

Pernah ada sahabat yang mempersoalkan:
"Kenapa tak cuba faham orang lain? Kenapa mesti nak orang lain faham diri kita?". Kadang-kala ayat ini perlu disangkal untuk waktu-waktu tertentu.



Dalam diri, hanya mampu berdoa. Kekadang rasa alangkah bagusnya ibu dan ayah saya memahami gerak kerja Islam ini. Maka, nilai masa bersama dengan keluarga walau hanya setitik madu sangat berharga dinikmati bersama dengan pelbagai manfaat. Berbanding dengan secawan gula yang walaupun banyak, namun nilai kalorinya yang tinggi kurang nilai harganya.

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.

Anakmu benar-benar mengharapkan keampunan dari ummi dan abah ;-(

1 comment:

Anonymous said...

salam..kak fifah..la tahzan..semoga Allah mendengar rintihan akak yg sanggup bersusah payah demi agama Allah, demi IlmuNYA juga...semoga Allah menerima setiap airmatamu itu sebagai penyejuk kemurkaanNYA..dan semoga Allah membelai jiwamu disaat kau terkulai lemah..dan semoga akak dapat menetapkan iman agar tidak mudak putus asa dengan rahmat Allah..Ameen..terima kasih atas segala tunjuk ajar dan didikan yg telah kau berikan pd adikmu ini...salam sayang dari jannah...semoga akak sentiasa kuat demi islam