Tuesday, June 9, 2009

'Kangkung-kangkung' Muda akan bangkit!!

Harakahdaily memuji Muktamar Tahunan PAS yang ke-55 apabila media memainkan peranan yang sangat up-to-date sewaktu muktamar berlangsung.

Tapi dalam kemeriahan muktamar yang berlangsung, terkilan dengan kata-kata Dr. Lo' Lo' Ghazali, ahli jawatankuasa PAS Pusat yang baru dilantik.

--> "Saya menerima beberapa aduan daripada Ketua Muslimat dan juga wakil Muslimat yang dinafikan mewakili kawasan atau bilangan mereka semakin dikurangkan," kata Dr. Lo' Lo' Ghazali.

--> "Sudah sampai masanya Muslimat melepasi era 'tea lady' dan bukan sebagai AJK hadiah, cenderahati tetapi muslimat hendaklah bersama-sama berperanan untuk membuat atau memberi sumbangan serta cadangan untuk membuat keputusan di peringkat pusat," katanya lagi.

Enam respon yang diberikan oleh para muslimat SIGMA berhubung dengan luahan hati YB Dr. Lo' Lo' Ghazali, satu-satunya 'WANITA' yang berada di dalam jawatankuasa PAS pusat lebih mengobarkan semangat saya dan sangat mengharapkan suatu TINDAKAN drastik oleh pihak atasan. Saya pasti mujahid-mujahid PAS tidak pandang enteng perkara yang dilontarkan oleh para mujahidah yang cintakan jalan perjuangan.

http://rafidahjannah.blogspot.com

Hari Jumaat yang lalu, saya melangkah menyusuri gerai-gerai sekitar Stadium Melawati, Shah Alam, terasa seolah-olah berada di sebuah negara Islam yang baru bangkit dengan roh-roh pejuang. Namun, dicelah-celah sebanyak 500 gerai yang didirikan, majoriti yang mendominasi stadium tersebut adalah yang 'berketayap putih'...Ke mana perginya tubuh-tubuh yang mengayun buaian tika lahirnya kita ke dunia ini dan manis bertudung labuh??



Andai di kampus, kita sentiasa dihimpit dengan kekurangan jumlah muslimin. Jumlah muslimat mendominasi kampus-kampus. Persoalan pastinya timbul, ke mana perginya mujahidah-mujahidah serikandi pejuang Islam selepas berjuang di alam kampus...Tepuk dada, tanya iman...

Saya seru kepada semua pimpinan muslimat kampus,bangkitkan persoalan ini di minda antum, adakah muslimat-muslimat yang dilahirkan di gedung-gedung ilmu itu adalah yang berkualiti?? yang serba boleh dari sudut kepimpinannya, tsaqafahnya, tarbiyyahnya dan hatta boleh berpolitik seperti YB Dr. Lo' Lo' Ghazali, YB Dr. Halimah Ali, YB Dr. Mariah dan sebagainya...

Ingin berkongsi sedikit dengan sahabat-sahabat sekalian yang tidak berkesempatan bertemu dengan YB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz b Nik Mat, Tuan Guru Dato Haron Din, dan YB Ustazah Zailah Mohd Yusoff yang hadir ke Surau An-Nur, Seksyen 1, Bangi bersempena dengan Makan Malam bersama YB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz b Nik Mat bagi mengutip sumbangan untuk penduduk Rantau Panjang, Kelantan yang sangat memerlukan bantuan dari segala sudut.




YB Ustazah Zailah Mohd Yusoff selaku ahli Parlimen Rantau Panjang berucap ringkas pada majlis tersebut. Setiap ayat-ayat beliau sangat memberi 'zurpp' pd saya, malah sahabat-sahabat lain yang mendengarnya juga. Beliau menceritakan kesusahan dan keperitan yang ditempuhinya apabila projek kawasan Parlimen Rantau Panjang yang dipikul amanah oleh beliau diperkotak-katikkan oleh parti pemerintah yang tidak ada kena-mengena dengan kawasan tersebut. Bayangkan apabila projek memberi kebajikan pada rakyat kawasan tersebut perlu ditandatangani oleh pihak UMNO, Barisan Nasional terlebih dahulu untuk diluluskan bagi kawasan tersebut sedangkan kawasan tersebut dimenangi oleh YB Ustazah Zailah yang ingin tegakkan Islam dan hak rakyat yang miskin dan ditindas. AWAS UMNO, Barisan Nasional !!! Jangan sekali-kali berani memper'gula'kan kami walaupun kami bergelar 'WANITA'....

Dalam ucapan beliau juga, beliau turut menangis kerana terlalu terharu atas kesudian seluruh penduduk Bandar Baru Bangi yang sudi menghulurkan sumbangan bagi membantu saudara-saudara di nun sempadan sana.

Apa yang terujanya saya juga tatkala mendengar bait-bait ayatnya adalah apabila YB Ustazah Zailah Mohd Yusoff berucap di hadapan barisan muslimin yang sangat ramai di dalam surau tersebut dengan penuh roh pejuang dalam diri beliau. Inilah muslimat yang kita mahukan. Bangkit menyatakan hak-hak untuk ditegakkan.

Isu berkaitan wanita di Malaysia cukup banyak dengan yang terbarunya apabila SISTER IN ISLAM merayu menagih simpati pada orang ramai terutama rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat mengenai isu hak-hak kebebasan bersuara mereka terancam apabila usul dalam Muktamar PAS yang mahukan pertubuhan tersebut diharamkan sekiranya kajian Majlis Fatwa Kebangsaan mendapati ia mengancam dan mengelirukan akidah masyarakat Islam di Malaysia.

YB Teresa Kok, ahli Parlimen Seputeh yang mana rakan kita dalam DAP turut membantah usul tersebut kerana melanggar hak-hak untuk bersuara dan berpersatuan. Sesungguhnya rakan kita ini tidak faham apa yang termaktub dalam Al-Quran dan as-Sunnah yang Allah turunkan untuk kesejahteraan umat manusia.

Siapa nak pergi terang mengenai apa yang salah dalam SIS pada YB Teresa Kok?? Pastinya MUSLIMAT-MUSLIMAT YANG SERBA BOLEH LAGI MANTAP perlu terang hati ke hati pada YB Teresa Kok berkenaan dengan perlunya pengharaman SIS.

Itu baru berkenaan isu SIS. Belum lagi hak-hak wanita yang ditindas terbela terutama dalam institusi rumah tangga dengan 1001 kes andai kita menjenguk di Mahkamah Syariah. Isu ummah terutama berkaitan wanita terlalu banyak untuk kita garap, fikirkan, hadamkan, bincangkan dan berTINDAK.

Ayuh sahabat-sahabatku...

Kakak-kakakku...

Adik-adikku...

Bangkitkan mujahidah-mujahidah pejuang agama ALLAH!!

Untuk ummat rasul tercinta...

Untuk agama dijunjung...

MUSLIMAT AKTIF!! HEBAT!! MANTAP3X!!!

MUSLIMAT POWER!! POWER!! POWER!!!

ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!! ALLAHUAKBAR!!!

1 comment:

wanita mustanir said...

Assalamualaikum wbt, ukhti afifah..

Hebat penulisan anti..ana meminati cara penulisan anti ini..dan ana rasa entri ini benar-benar membangkitkan semangat juang para muslimah..Subhanallah..

Ukhti ada menyatakan muslimat-muslimat yang berkualiti dan yang serba boleh dari segala sudut. antaranya berkualiti dari sudut kepimpinannya, tsaqafahnya, tarbiyyahnya dan hatta boleh berpolitik seperti YB Dr. Lo' Lo' Ghazali, YB Dr. Halimah Ali, YB Dr. Mariah dan sebagainya..

Iya, ukhti memang benar..ana menyokong ukhti 100%..

tetapi di sini, apa yang ingin ana highlight kan adalah wanita yang berpolitik..

Bagaimanakah politik yang dibenarkan wanita untuk menceburinya??

Ukhti boleh membaca dengan lebih lanjut di link yang ana berikan ini.. http://fikratulummah.blogspot.com/2009/04/wanita-jadilah-ahli-politik-sejati.html

semoga mendapat manfaatnya..

wallahua'lam..