Friday, April 17, 2009

Maralah ke hadapan!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Malu saya nak ungkapkan kata-kata kejayaan kerana tiadanya kejayaan yang dikecapi sejak hari pertama di UKM. Walaupun makin jatuh, tapi dengan kudrat dari Illahi, terus bangkit dan mara ke hadapan untuk perjuangan menegakkan ISLAM...

Walau diri kita teramat sangat banyaknya kekurangan diri, daif lagi hina, namun hanya dengan keyakinan pada ALLAH, mampu merealisasikan impian. Impian membangunkan Islam yang semakin hari, makin dihina, direndah-rendahkan, sehingga diletakkan di tempat yang rendah.

Tiada siapa yang perlukan kita tapi kita amatlah sangat memerlukan Islam dan jemaah ini. Kalau bukan kita, siapa lagi yang mampu teruskan perjuangan ini??

Tekadkan hati dengan sebulat tekad berusaha mengulangkaji pelajaran...

Panjatkan seinfiniti doa pada Rabbul Izzati...

Tetapkan seluruh tawakal pada ALLAH yang Maha Berkuasa...

Biarlah Dia yang menentukan segala usaha kita, bangkitkanlah result akademik sahabat-sahabat untuk ISLAM!!!
Maralah kehadapan!!
Kerana Islam itu tinggi dan penganutnyalah yang akan meninggikannya...

Jangan direnung letihnya usaha, tapi renunglah manisnya sebuah kejayaan...

Salam Imtihan buat semua sahabat-sahabat yang akan mengambil final exam bagi semester ini...

Memberi dengan rasa mahabbah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tertarik mendengar pelbagai ragam anak usrah naqib/ah masing-masing. Ada yang macam ini, ada yang macam itu...bak kata orang macam-macam...dengan adanya kelebihan dan keburukan masing-masing..

Tetapi yang pasti setiap naqib/ah ahli gerakan pastinya mahu melahirkan kader-kader dakwah untuk generasi akan datang penyambung perjuangan suci Nabi Muhammad SAW.

Pelbagai method dan cara yang ingin diberikan dengan penterjemahan yang berbeza-beza dikalangan setiap naqib/ah untuk aktiviti usrah masing-masing. Musliminnya kadang-kadang lebih pada gerakan fizikal dalam method usrah tetapi muslimat sebaliknya. Lebih suka berteleku mendengar naqibah memberikan pengisian yang kadang-kadang macam bagi ceramah.

Menurut rukun bai'ah Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, rukun bai'ah yang pertama adalah faham. Macam mana nak bagi anak-anak usrah faham dengan segala konsep-konsep islam, iman, ibadah, akhlak, harakah islamiyyah dan jemaah??

Yang pastinya setiap dari kita suka akan usrah yang pelbagai bentuk dan pengisian dari naqib/ah yang mantap. Tapi tak semua naqib/ah mampu melakukan sedemikian rupa.

Yang pasti dan sepasti-pastinya, semua naqib/ah mampu memberi dengan kasih sayang. Walaupun tidak sehebat mana, tapi andai dengan rasa mahabbah dan kasih sayang untuk memberi, maka pastinya anak-anak usrah akan rasa ikatan hati itu.

Berilah dengan kasih sayang...
Berilah dengan rasa mahabbah...

Maka akan timbullah rasa seronok dan penuh kasih sayang akan usrah atau keluarga yang kita cipta itu...

Wednesday, March 18, 2009

Tundukkan Ego Dalam Diri

Teringat ceramah suatu ketika dulu, keluarnya iblis dari syurga berpunca dari E.G.O.
Keluarnya iblis kerana tidak ingin menurut perintah ALLAH S.W.T agar sujud pada Nabi Adam yakni manusia pertama yang diciptakan oleh Allah. Kenapa tak nak sujud?? Semuanya berpunca dari diri iblis yang merasakan penciptaan iblis lebih hebat daripada manusia yakni diciptakan dari bahan bakar api.

Kalau rasa diri hebat, pastinya ego berbenih dalam hati. Rasa riak, rasa 'ujub...nauzubillah...minta dijauhkan...

Tetapi hakikatnya terlalu sukar untuk menjatuhkan ego apabila merasakan diri paling hebat dan paling berkuasa terutaa apabila memegang jawatan.

Itulah yang dihadapi oleh Lajnah Kegiatan Luar, Ikatan Studi Islam UKM dalam ingin mentarbiyah adik-adik di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana agar jatuhnya ego mereka. Program Kursus Kepimpinan Pelajar yang mana dihadiri oleh 60 orang peserta adalah anjuran pentadbiran sekolah dengan kerjasama ISIUKM. Semua pelajarnya hebat-hebat belaka. Masakan tidak, semuanya pemimpinpemimpin pelajar.

Namun realitinya, JAWATAN BUKAN SUATU KEMEGAHAN TETAPI AMANAH YANG TERAMAT BERAT YANG PERLU DIPIKUL. Jawatan bukan untuk dipinta tetapi apabila mendapat taklifan itu, maka laksanakanlah sebaiknya kerana dengannya ada ganjaran daripada Allah S.W.T.

Teringat sewaktu program tersebut, adik-adik yang dikasihi dibangunkan dari tidur tepat jam 2.30 pagi untuk Kembara Malam. Checkpoint yang pertama benar-benar menguji para peserta apabila kami di pihak fasilitator membuat olok-olok supaya para peserta dikehendaki memakan ulat. Sebelum itu, para peserta diminta menutup mata dengan kain dan berjalan-jalan keliling sekolah dengan bantuan fasilitator. Pada checkpoint pertama, para peserta diminta memegang ulat yang masih hidup. Apalagi...menjerit-jeritlah adik-adik ini. Kemudian, mereka diminta makan ulat tersebut. Hakikatnya, mee maggi yang diberi. Tetapi sebab tipah tertipu, mereka percaya yang mereka disuruh makan ulat. Meraung-raunglah mereka terutamanya peserta perempuan. Kesian...

Checkpoint akhir, mereka diminta mengadap satu sama lain. Guru Pengawas Pelajar, Ustaz Shahrizal membuat provokasi dan psiko supaya setiap daripada peserta mengaku akan kesalahan setiap para peserta sepanjang menjadi pengawas. Semua tertunduk bersalah...

Hakikatnya setiap manusia ada kebaikan dan kelemahan masing-masing. Tetapi setiap kelemahan itu perlu diperbaiki setiap hari. Beristighfar dan bersyukurlah apabila kebaikan diri kita terserlah kerana hakikatnya kebaikan kita itu dari Allah.

Mohonlah pada Allah "Ya Allah, ampunkan setiap dosa-dosa kami, ampunkan setiap kelemahan dan kekurangan kami. Perbaikilah diri kami ya ALLAH"

Moga adik-adik di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana terus success dunia akhirat terutama yang nak ambil PMR dan SPM...wa'allualam

Thursday, March 12, 2009

Sujud pada-Mu..


"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya, Dia memperlihatkan kilat kepadamu untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dengan air itu dihidupkannya bumi setelah mati (kering). Sungguh pada ynag demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mengerti" Ar-Rum, ayat 24

Hujan turun lebat pagi Jumaat yang damai ini. Seluruh isi bumi bertasbih hanya kepada Yang Maha Esa. Air turun mencurah-curah sujud kepada Yanag Maha Pencipta. Walaupun seluruh isi dunia damai, tapi ada dari riak muka sahabat-sahabat seperjuangan, terpancar riak-riak keresahan, gelisah dan takut.

Wahai sahabat-sahabatku, berdoalah...bertawakallah pada Allah yang menebarkan kasih sayangNya ke bumi ini....

Moga-moga segala program dan aktiviti yang cukup-cukup padat hujung minggu ini terlaksana dengan sampainya dakwah pada mad'u-mad'u kita.

Solat subuh pagi tadi diiringi dengan surah As-Sajdah...

Ku mendoakan agar hati-hati kita sentiasa tunduk pada Rabbul izzati...meneruskan dakwah ini untuk jalan Allah dan rasulNya...

Kekadang kita tidak perasan hati ini. Dalam melakukan segala bentuk kerja dakwah dan tarbiyah, hati ini tunduk bukan pada yang sepatutnya. Hati ini tunduk pada kerja-kerja jemaah dengan setiap perlakuan kita samada solat, akhlak, ibadat dan sebagainya.

Tundukkanlah hati ini pada Yang Esa...

"Orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, hanyalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengannya (ayat-ayat Kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, dan mereka tidak menyombongkan diri.

Saturday, January 31, 2009

Salah Siapa?


Selamat kembali ke kampus kepada sahabat-sahabat selepas cuti seminggu!
Di sisi, saya nak berkongsi satu cerita yang mana sama-sama kita bermuhasabah dan renung-renungkan diri kita.
Adakah kisah kita sama dengan individu ini??? Minta-mintalah dijauhkan...
Apabila di rumah.....
1. bangun pagi lambat
2. tidak tolong mak kemas rumah dan di dapur
3. duduk di rumah makan dan tidur sahaja tidak kira waktu

4. solat tidak pada waktunya
5. tidak membaca al-quran setiap hari
6. ashik tengok tv

7. tidak pelihara diri (mata, mulut dll)
8.tidak melakukan qiamulail

Apabila di kampus.....

1. dia lah yang memberi tazkirah di mana-mana
2. usrah dia lah yang setiap minggu berjalan
3. solat dia di awal waktu
4. al-quran dibacanya setiap hari
5. segala gerak kerja jemaah diaulakan
6. orang memujinya kerana pemantapan gerak kerjanya
7. cukup menjaga ikhtilat muslimin muslimat
8. cukup pelihara diri daripada perkara-perkara maksiat

9. menjaga malam qiamulail nya

Cuba kita renungkan dan bezakan peribadi individu ini apabila di rumah dan di kampus...
Kenapa boleh jadi macam ini??? Kenapa tidak sama peribadi individu ini apabila di rumah dan di kampus??? S aya cuba menyelidiki apa yang terjadi kepada individu ini. Dia menceritakan kepada saya. Apa yang dilaluinya di rumah berpunca daripada tiadanya bi'ah yang solehah semasa di rumah. Kadang-kadang individu ini sedih dan menangis mengenangkan kenapa dirinya menjadi sebegitu. Terlalu hipokrit dengan diri sendiri. Merasakan pengaruh negatif di luar terlalu kuat pada dirinya sehingga dia tidak mampu mengawal dirinya untuk istiqamah. Individu itu kadang-kadang merasakan seolah-olah dirinya selama ini tidak ikhlas melakukan gerak kerja dakwah. Takut-takut nanti apabila keluar dari kampus, dia tidak mampu untuk terus ikhlaskan diri dan istiqamah lalu futur selepas keluar kampus.
Mungkin ada sahabat-sahabat yang boleh memberikan pendapat, nasihat atau peringatan kepada individu ini supaya segala gerak kerja dakwahnya dilakukan semata-mata kerana Allah Taala demi mencari keredhaanNya.
Saya mengalu-alukan sahabat-sahabat untuk memberi pendapat, nasihat dan peringatan kepada individu ini. Syukran jazilan.

Monday, December 29, 2008

Kata-kata yang Diuji





Hanya mampu tersenyum...


Pengubat duka...


Namun hakikatnya, hati menangis...


Rasa lemah teramat...


Doaku di setiap kali sujud agar diri ini, hati ini ikhlas dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah S.W.T.


Dan itulah kata-kata yang diuji. Setakat mana diri ini mampu berdiri dan terus bersama dengan saff pejuang-pejuang agama-Nya.


Redhakanlah hati ini ya Allah...


Menerima segala yang Engkau berikan...


Yang hakikatnya rahmat dan kasih sayang-Mu...


Berikanlah kekuatan pada hamba-Mu ini...


Sinarkanlah hati ini hidayah dan taufiq-Mu...


Agar hati ini tetap IKHLAS dan ISTIQAMAH...

Untuk jalan dakwah dan jihad ini...




Sunday, December 14, 2008

J.I.H.A.D

J.I.H.A.D

Bagi pelajar-pelajar ukm, mungkin ada yang tak sabar-sabar nak kembali ke ukm bertemu dengan rakan-rakan atau mungkin mengeluh masakan cuti nak habis!! huh!

Tetapi bukan itu yang penting, yang pastinya, 2 minggu lagi kita akan meneruskan kembali perjuangan di kampus ukm yang dicintai. Meneruskan kuliah untuk di hadiri dan aktiviti-aktiviti persatuan yang dirancang.

Pasti ramai yang sudah mengetahui 24hb disember ini adalah masanya kita mengetahui sejauh mana usaha kita selama ini brjaya atau tidak bagi semester 1 sesi 2008/2009. Moga ALLAH S.W.T memberikan kita semua kejayaan dan kecemerlangan yang diimpi-impikan.amin...Andai kejayaan, bersyukurlah padaNya. Andai kegagalan juga, bersyukurlah kerana 1001 hikmah yang Allah sediakan.

Bulan Januari depan bakal mengundang satu lagi persoalan, samada tampuk pemerintahan PMUKM bakal digenggami oleh GMUKM atau ASPIRASI. Siapa boleh jawab??? Hanya ALLAH S.W.T yang Maha Mengetahui.

Yang pastinya pilihanraya kampus bakal berlangsung bulan januari ini.

Wahai mahasiswa/i sekalian, UNDI anda sangat berharga. Pilihlah pemimpin yang benar-benar tulus menegakkan kebenaran dan menjaga kebajikan kita semua.

Bukan berpolitik semata-mata, namun memilih pemimpin adalah kewajiban kita semua selaku bergelar mahasiswa/i UKM apalagi mahasiswa/i muslim.

Bagi mahasiswa/i yang bergelar Islam pula, memang sewajibnya kita memilih pemimpin yang benar-benar adil, amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab.

Bukan senang bergelar seorang pemimpin. Sampaikan ayah berkata "Kan susah jadi pemimpin, berpolitik-politik. Nanti kat padang mahsyar, nak jawab apa dengan ALLAH..." itu kata ayah dan saya tidak nafikan tetapi hakikatnya takkan sampai kiamat pun kita nak ikut perlembagaan Lord Reid dan bukannya perlembagaan dari Al-Quran.

Mana aqidah kita dengan "Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

Mana tauhid asma' wa sifatyang kita imani yang mana kita mengakui bahawa Allah yang Maha Sempurna dengan segala sifatNya???Andai kita mengakui bahawa Allah itu Maha Sempurna, maka sudah tentulah undang-undangNYA juga sudah cukup sempurna. Tidak perlu tambah tolak dengan undang-undang dari manusia.

Teguhkan imanmu wahai sahabat-sahabat...

Luruskan saf...

Satukan hati-hati kami ya Allah...

Agar ISLAM tertegak di bumi UKM yang dicintai...

ameen...