Saturday, January 31, 2009

Salah Siapa?


Selamat kembali ke kampus kepada sahabat-sahabat selepas cuti seminggu!
Di sisi, saya nak berkongsi satu cerita yang mana sama-sama kita bermuhasabah dan renung-renungkan diri kita.
Adakah kisah kita sama dengan individu ini??? Minta-mintalah dijauhkan...
Apabila di rumah.....
1. bangun pagi lambat
2. tidak tolong mak kemas rumah dan di dapur
3. duduk di rumah makan dan tidur sahaja tidak kira waktu

4. solat tidak pada waktunya
5. tidak membaca al-quran setiap hari
6. ashik tengok tv

7. tidak pelihara diri (mata, mulut dll)
8.tidak melakukan qiamulail

Apabila di kampus.....

1. dia lah yang memberi tazkirah di mana-mana
2. usrah dia lah yang setiap minggu berjalan
3. solat dia di awal waktu
4. al-quran dibacanya setiap hari
5. segala gerak kerja jemaah diaulakan
6. orang memujinya kerana pemantapan gerak kerjanya
7. cukup menjaga ikhtilat muslimin muslimat
8. cukup pelihara diri daripada perkara-perkara maksiat

9. menjaga malam qiamulail nya

Cuba kita renungkan dan bezakan peribadi individu ini apabila di rumah dan di kampus...
Kenapa boleh jadi macam ini??? Kenapa tidak sama peribadi individu ini apabila di rumah dan di kampus??? S aya cuba menyelidiki apa yang terjadi kepada individu ini. Dia menceritakan kepada saya. Apa yang dilaluinya di rumah berpunca daripada tiadanya bi'ah yang solehah semasa di rumah. Kadang-kadang individu ini sedih dan menangis mengenangkan kenapa dirinya menjadi sebegitu. Terlalu hipokrit dengan diri sendiri. Merasakan pengaruh negatif di luar terlalu kuat pada dirinya sehingga dia tidak mampu mengawal dirinya untuk istiqamah. Individu itu kadang-kadang merasakan seolah-olah dirinya selama ini tidak ikhlas melakukan gerak kerja dakwah. Takut-takut nanti apabila keluar dari kampus, dia tidak mampu untuk terus ikhlaskan diri dan istiqamah lalu futur selepas keluar kampus.
Mungkin ada sahabat-sahabat yang boleh memberikan pendapat, nasihat atau peringatan kepada individu ini supaya segala gerak kerja dakwahnya dilakukan semata-mata kerana Allah Taala demi mencari keredhaanNya.
Saya mengalu-alukan sahabat-sahabat untuk memberi pendapat, nasihat dan peringatan kepada individu ini. Syukran jazilan.

3 comments:

cLoVer4miza said...

salam kembara, salam ukhuwah~

nape tajuk "salah siapa"? cam xsesuai je..

btw penah dgr konsep "cari punca"?

jika punca kuasa -ve maka semakin rendah nilainya.. jika punca kuasa +ve maka semakin tinggi nilainya..

jadi adalah penting untuk mencari punca sebenar.. nilai rendah or tingginya punca bergantung dgn nilai punca kuasa..

penting sgt punca kuasa tp ditulis dgn kecik.. namun benda kecik la yg menjadi asas kekuatan..

setelah panjang lebar, pendapat sy simple je.. kurangnya semangat (power of mind)..

kekurangan semangat boleh mnjdkn seseorng itu lemah n xlarat nk control diri..

solution sgt mudah.. rajin2 lah call or mesg sahabat2 time cuti
supaya mengingatkan mereka.. pada masa sama menaikkan semangat mereka..

sesunggunya manusia mudah lupa dan lupa adalah anugerah.. maka mengingati adalah satu pemberian..

sekadar pandangan biasa~

Anonymous said...

ahah btul bah, cuma mungkin perlu ditambah fakta2 dan cube lihat brape ramai ahli2 n termasuk snr2 yg betul2 istiqamah dlm perjuangan.rsnye makin ramai pupus dan lebey jaoh dari landasan.

Anonymous said...

tu namenye salah berintima. intima' syahsi. sbb ikt org. intima' maslahi. sbb tgk sume org sokong. sume org buat, dan kbetulan kwn dgn bdak2 tudung labuh nie.pdhal kalo nak diikotkan,takdelah beza sgt ngan org laen. beza cume stakat pd tudung jek . hati n niat bukan lillah taala.

yang kita nak INTIMA dgn aqidah. biar mcm mane pn kne cemuh,ttp dgn pendirian. wlau camne truk skalipn org tuh,kte bley betoleransi,dgr pendapat org.sbb kte yakin masuk gerakan dakwah.ada timbalannya.bukan soal ramai org kate ni,maka aku ikot. pertimbangan waras sudah tidak digunakan.sume jadik bahlol dan bebal. dalam dakwah, kne bijak n terkedepan. kne bersunggoh.