Wednesday, March 18, 2009

Tundukkan Ego Dalam Diri

Teringat ceramah suatu ketika dulu, keluarnya iblis dari syurga berpunca dari E.G.O.
Keluarnya iblis kerana tidak ingin menurut perintah ALLAH S.W.T agar sujud pada Nabi Adam yakni manusia pertama yang diciptakan oleh Allah. Kenapa tak nak sujud?? Semuanya berpunca dari diri iblis yang merasakan penciptaan iblis lebih hebat daripada manusia yakni diciptakan dari bahan bakar api.

Kalau rasa diri hebat, pastinya ego berbenih dalam hati. Rasa riak, rasa 'ujub...nauzubillah...minta dijauhkan...

Tetapi hakikatnya terlalu sukar untuk menjatuhkan ego apabila merasakan diri paling hebat dan paling berkuasa terutaa apabila memegang jawatan.

Itulah yang dihadapi oleh Lajnah Kegiatan Luar, Ikatan Studi Islam UKM dalam ingin mentarbiyah adik-adik di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana agar jatuhnya ego mereka. Program Kursus Kepimpinan Pelajar yang mana dihadiri oleh 60 orang peserta adalah anjuran pentadbiran sekolah dengan kerjasama ISIUKM. Semua pelajarnya hebat-hebat belaka. Masakan tidak, semuanya pemimpinpemimpin pelajar.

Namun realitinya, JAWATAN BUKAN SUATU KEMEGAHAN TETAPI AMANAH YANG TERAMAT BERAT YANG PERLU DIPIKUL. Jawatan bukan untuk dipinta tetapi apabila mendapat taklifan itu, maka laksanakanlah sebaiknya kerana dengannya ada ganjaran daripada Allah S.W.T.

Teringat sewaktu program tersebut, adik-adik yang dikasihi dibangunkan dari tidur tepat jam 2.30 pagi untuk Kembara Malam. Checkpoint yang pertama benar-benar menguji para peserta apabila kami di pihak fasilitator membuat olok-olok supaya para peserta dikehendaki memakan ulat. Sebelum itu, para peserta diminta menutup mata dengan kain dan berjalan-jalan keliling sekolah dengan bantuan fasilitator. Pada checkpoint pertama, para peserta diminta memegang ulat yang masih hidup. Apalagi...menjerit-jeritlah adik-adik ini. Kemudian, mereka diminta makan ulat tersebut. Hakikatnya, mee maggi yang diberi. Tetapi sebab tipah tertipu, mereka percaya yang mereka disuruh makan ulat. Meraung-raunglah mereka terutamanya peserta perempuan. Kesian...

Checkpoint akhir, mereka diminta mengadap satu sama lain. Guru Pengawas Pelajar, Ustaz Shahrizal membuat provokasi dan psiko supaya setiap daripada peserta mengaku akan kesalahan setiap para peserta sepanjang menjadi pengawas. Semua tertunduk bersalah...

Hakikatnya setiap manusia ada kebaikan dan kelemahan masing-masing. Tetapi setiap kelemahan itu perlu diperbaiki setiap hari. Beristighfar dan bersyukurlah apabila kebaikan diri kita terserlah kerana hakikatnya kebaikan kita itu dari Allah.

Mohonlah pada Allah "Ya Allah, ampunkan setiap dosa-dosa kami, ampunkan setiap kelemahan dan kekurangan kami. Perbaikilah diri kami ya ALLAH"

Moga adik-adik di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana terus success dunia akhirat terutama yang nak ambil PMR dan SPM...wa'allualam

Thursday, March 12, 2009

Sujud pada-Mu..


"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya, Dia memperlihatkan kilat kepadamu untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dengan air itu dihidupkannya bumi setelah mati (kering). Sungguh pada ynag demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mengerti" Ar-Rum, ayat 24

Hujan turun lebat pagi Jumaat yang damai ini. Seluruh isi bumi bertasbih hanya kepada Yang Maha Esa. Air turun mencurah-curah sujud kepada Yanag Maha Pencipta. Walaupun seluruh isi dunia damai, tapi ada dari riak muka sahabat-sahabat seperjuangan, terpancar riak-riak keresahan, gelisah dan takut.

Wahai sahabat-sahabatku, berdoalah...bertawakallah pada Allah yang menebarkan kasih sayangNya ke bumi ini....

Moga-moga segala program dan aktiviti yang cukup-cukup padat hujung minggu ini terlaksana dengan sampainya dakwah pada mad'u-mad'u kita.

Solat subuh pagi tadi diiringi dengan surah As-Sajdah...

Ku mendoakan agar hati-hati kita sentiasa tunduk pada Rabbul izzati...meneruskan dakwah ini untuk jalan Allah dan rasulNya...

Kekadang kita tidak perasan hati ini. Dalam melakukan segala bentuk kerja dakwah dan tarbiyah, hati ini tunduk bukan pada yang sepatutnya. Hati ini tunduk pada kerja-kerja jemaah dengan setiap perlakuan kita samada solat, akhlak, ibadat dan sebagainya.

Tundukkanlah hati ini pada Yang Esa...

"Orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, hanyalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengannya (ayat-ayat Kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, dan mereka tidak menyombongkan diri.

Saturday, January 31, 2009

Salah Siapa?


Selamat kembali ke kampus kepada sahabat-sahabat selepas cuti seminggu!
Di sisi, saya nak berkongsi satu cerita yang mana sama-sama kita bermuhasabah dan renung-renungkan diri kita.
Adakah kisah kita sama dengan individu ini??? Minta-mintalah dijauhkan...
Apabila di rumah.....
1. bangun pagi lambat
2. tidak tolong mak kemas rumah dan di dapur
3. duduk di rumah makan dan tidur sahaja tidak kira waktu

4. solat tidak pada waktunya
5. tidak membaca al-quran setiap hari
6. ashik tengok tv

7. tidak pelihara diri (mata, mulut dll)
8.tidak melakukan qiamulail

Apabila di kampus.....

1. dia lah yang memberi tazkirah di mana-mana
2. usrah dia lah yang setiap minggu berjalan
3. solat dia di awal waktu
4. al-quran dibacanya setiap hari
5. segala gerak kerja jemaah diaulakan
6. orang memujinya kerana pemantapan gerak kerjanya
7. cukup menjaga ikhtilat muslimin muslimat
8. cukup pelihara diri daripada perkara-perkara maksiat

9. menjaga malam qiamulail nya

Cuba kita renungkan dan bezakan peribadi individu ini apabila di rumah dan di kampus...
Kenapa boleh jadi macam ini??? Kenapa tidak sama peribadi individu ini apabila di rumah dan di kampus??? S aya cuba menyelidiki apa yang terjadi kepada individu ini. Dia menceritakan kepada saya. Apa yang dilaluinya di rumah berpunca daripada tiadanya bi'ah yang solehah semasa di rumah. Kadang-kadang individu ini sedih dan menangis mengenangkan kenapa dirinya menjadi sebegitu. Terlalu hipokrit dengan diri sendiri. Merasakan pengaruh negatif di luar terlalu kuat pada dirinya sehingga dia tidak mampu mengawal dirinya untuk istiqamah. Individu itu kadang-kadang merasakan seolah-olah dirinya selama ini tidak ikhlas melakukan gerak kerja dakwah. Takut-takut nanti apabila keluar dari kampus, dia tidak mampu untuk terus ikhlaskan diri dan istiqamah lalu futur selepas keluar kampus.
Mungkin ada sahabat-sahabat yang boleh memberikan pendapat, nasihat atau peringatan kepada individu ini supaya segala gerak kerja dakwahnya dilakukan semata-mata kerana Allah Taala demi mencari keredhaanNya.
Saya mengalu-alukan sahabat-sahabat untuk memberi pendapat, nasihat dan peringatan kepada individu ini. Syukran jazilan.

Monday, December 29, 2008

Kata-kata yang Diuji





Hanya mampu tersenyum...


Pengubat duka...


Namun hakikatnya, hati menangis...


Rasa lemah teramat...


Doaku di setiap kali sujud agar diri ini, hati ini ikhlas dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah S.W.T.


Dan itulah kata-kata yang diuji. Setakat mana diri ini mampu berdiri dan terus bersama dengan saff pejuang-pejuang agama-Nya.


Redhakanlah hati ini ya Allah...


Menerima segala yang Engkau berikan...


Yang hakikatnya rahmat dan kasih sayang-Mu...


Berikanlah kekuatan pada hamba-Mu ini...


Sinarkanlah hati ini hidayah dan taufiq-Mu...


Agar hati ini tetap IKHLAS dan ISTIQAMAH...

Untuk jalan dakwah dan jihad ini...




Sunday, December 14, 2008

J.I.H.A.D

J.I.H.A.D

Bagi pelajar-pelajar ukm, mungkin ada yang tak sabar-sabar nak kembali ke ukm bertemu dengan rakan-rakan atau mungkin mengeluh masakan cuti nak habis!! huh!

Tetapi bukan itu yang penting, yang pastinya, 2 minggu lagi kita akan meneruskan kembali perjuangan di kampus ukm yang dicintai. Meneruskan kuliah untuk di hadiri dan aktiviti-aktiviti persatuan yang dirancang.

Pasti ramai yang sudah mengetahui 24hb disember ini adalah masanya kita mengetahui sejauh mana usaha kita selama ini brjaya atau tidak bagi semester 1 sesi 2008/2009. Moga ALLAH S.W.T memberikan kita semua kejayaan dan kecemerlangan yang diimpi-impikan.amin...Andai kejayaan, bersyukurlah padaNya. Andai kegagalan juga, bersyukurlah kerana 1001 hikmah yang Allah sediakan.

Bulan Januari depan bakal mengundang satu lagi persoalan, samada tampuk pemerintahan PMUKM bakal digenggami oleh GMUKM atau ASPIRASI. Siapa boleh jawab??? Hanya ALLAH S.W.T yang Maha Mengetahui.

Yang pastinya pilihanraya kampus bakal berlangsung bulan januari ini.

Wahai mahasiswa/i sekalian, UNDI anda sangat berharga. Pilihlah pemimpin yang benar-benar tulus menegakkan kebenaran dan menjaga kebajikan kita semua.

Bukan berpolitik semata-mata, namun memilih pemimpin adalah kewajiban kita semua selaku bergelar mahasiswa/i UKM apalagi mahasiswa/i muslim.

Bagi mahasiswa/i yang bergelar Islam pula, memang sewajibnya kita memilih pemimpin yang benar-benar adil, amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab.

Bukan senang bergelar seorang pemimpin. Sampaikan ayah berkata "Kan susah jadi pemimpin, berpolitik-politik. Nanti kat padang mahsyar, nak jawab apa dengan ALLAH..." itu kata ayah dan saya tidak nafikan tetapi hakikatnya takkan sampai kiamat pun kita nak ikut perlembagaan Lord Reid dan bukannya perlembagaan dari Al-Quran.

Mana aqidah kita dengan "Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

Mana tauhid asma' wa sifatyang kita imani yang mana kita mengakui bahawa Allah yang Maha Sempurna dengan segala sifatNya???Andai kita mengakui bahawa Allah itu Maha Sempurna, maka sudah tentulah undang-undangNYA juga sudah cukup sempurna. Tidak perlu tambah tolak dengan undang-undang dari manusia.

Teguhkan imanmu wahai sahabat-sahabat...

Luruskan saf...

Satukan hati-hati kami ya Allah...

Agar ISLAM tertegak di bumi UKM yang dicintai...

ameen...


Wednesday, December 10, 2008

Saat yang terindah...


Saat yang terindah...

Semua akan tafsirkan dengan bermacam-macam jawapan.

Mungkin ada yang kata...

Bersama kekasih hati...

Bersama buah hati...

Menghabiskan masa bersama-sama member-member...

Bermain bowling...

Menonton wayang...

Membeli-belah...

Berchit-chat...

Berjalan ke serata dunia...

atau

mungkin lebih ganas...

saat yang terindah adalah...

merempit...

apabila dapat menghisap dadah...

merokok...

dan macam-macam lagi setiap pemikiran manusia...

tetapi sesungguhnya wahai sahabat-sahabat...

hakikat SAAT YANG TERINDAH SEBENAR ADALAH...

APABILA SUJUD DIHADAPAN ALLAH S.W.T

APABILA MENANGIS KERANA KELALAIAN DAN KEALPAAN PADA ALLAH S.W.T

APABILA MENDENGAR AYAT-AYAT ALLAH S.W.T

APABILA BERUSRAH DENGAN KALIMAH-KALIMAH ALLAH S.W.T

APABILA DAPAT BERSAMA-SAMA MENEGAKKAN KALIMAH ALLAH S.W.T

itulah hakikat sebenarnya...

cubalah wahai sahabat-sahabat...

itulah SAAT YANG TERINDAH...

Erti Aidiladha


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...ternampak pulak beg g keje...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...


Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...


Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....So?....apa yang peliknya..??Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu.....Tak kira la wanita berkerjaya atau suri rumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

Dipetik dr iluvislam.com


Ramai yang tahu atau yang kurang tahu atau tidak tahu langsung disebalik Hari Raya Aidiladha. Tetapi hakikat sebenar Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban ini adalah bagaimana pengorbanan seorang hamba Allah iaitu ketaqwaan Nabi Ibrahim A.S yang cukup mentaati perintah Allah S.W.T apabila diperintahkan untuk menyembelih anak kesayangan beginda iaitu Nabi Ismail A.S. Begitu juga dengan Nabi Ismail A.S dengan penuh rasa ikhlas sanggup disembelihkan demi menunaikan perintah Allah S.W.T. Itulah ujian Allah S.W.T terhadap hamba-NYA


Namun di akhirnya, Allah S.W.T menukar Nabi Ismail A.S dengan seekor binatang sembelihan yang besar sebagai ganti. Rentetan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S, maka umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban dengan menyembelih binatang-binatang korban lalu diagih-agihkan pada saudara yang kurang bernasib baik.

Kalau kita baca cerita "Mama" di atas, itulah situasi sebenar seorang yang bergelar wanita @ muslimah @ isteri @ ibu @ seorang pekerja 2 lain-lain. Itulah antara tanggungjawab dan pengorbanan yang harus dilakukan.

Tetapi mungkin pengorbanan yang bergelar muslimah ini tidaklah sebesar pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S mahupun Nabi Muhammad S.A.W dalam menegakkan kalimah Allah S.W.T.
Antara tanggungjawab seorang muslimah untuk Islam:-
--> hamba Allah
--> da'ei
--> khalifah Allah di muka bumi
--> anak
--> ibu
--> isteri
--> seorang pelajar (jika masih belajar)
--> seorang pekerja (jika sudah bekerja)
Jadi, ayuh!!! Bangkitlah wahai muslimah! Bangkitlah sahabat-sahabat sekelian! Teguhkan imanmu, ikhlaskan dirimu dalam setiap pengorbanan yang dilakukan, kemaskan dan rancanglah setiap langkah dan gerak kerjamu untuk ISLAM!!!