Merisaukan...mencemaskan..
Tetapi inilah lumrah perjuangan. Tidak akan selamanya berada di atas. Kemenangan berselang dengan kekalahan terus berjalan sepertimana sirah nabawiyah. Tentera Islam menang di dalam Perang Badar Al-Kubra dan kemudiannya kalah di medan Uhud.
Namun, kemenangan sememangnya kadang mudah digapai tetapi terus mengekalkan ia teramat sukar lantaran segala mehnah dan tribulasi dari pihak musuh terus berkocak memporak-porandakan saff tentera Islam.
Negeri tumpah tanah air saya
Semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pengerusi perhubungan Umno Perak, BN berjaya merampas kembali pemerintahan negeri itu dari tangan Pakatan Rakyat.
Ia menjadi kenyataan apabila tiga ADUN Pakatan Rakyat - dua dari PKR dan seorang dari DAP - bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.
Apabila Umno melakukan rombakan kepimpinan peringkat negeri pada 24 April lalu, Najib mengambil alih pula jawatan pengerusi Umno Selangor.
"Jika kita masih ingat apa yang berlaku di Perak, maka kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa Selangor adalah sasaran Najib seterusnya. Beliau berjanji akan merampas semula Selangor, dan beliau mungkin dapat melakukannya, " kata pensyarah antropologi dan sains sosial Universiti Malaya, Noor Sulastry Yurni Ahmad.
Berbeza dengan pergelutan di belakang tabir sebelum tumbangnya kerajaan Pakatan di Perak, Najib telah mengisytiharkan niatnya secara terbuka untuk 'merampas semula Selangor, ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kuala Selangor pada 9 Ogos lalu.
Kenyataan perdana menteri itu telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin Pakatan dan masing-masing mengambil langkah untuk memastikan tiada wakil rakyat mereka melompat parti.
Namun, langkah tersebut mungkin sudah terlambat kerana ADUN Pelabuhan Klang dari PKR, Badrul Hisham Abdullah tidak dapat dikesan.
Sepertimana yang berlaku di Perak, ADUN terbabit pada kebiasaannya 'hilang' sebelum muncul semula untuk mengumumkan mereka telah keluar parti. Inilah yang berlaku dalam kes ADUN Perak - Jamaluddin Mohd Radzi, Osman Jailu, Hee Yit Foong dan Nasharuddin Hashim.
Dengan mengambilkira 'kehilangan' Badrul Hisham dalam kontak ini, nampaknya usaha untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Selangor mungkin sudah lama berjalan, walaupun Najib baru membuat pengumuman mengenainya beberapa minggu yang lalu.
Maka, janganlah goyang kaki dengan kemenangan yang ada. Khusus buat kepimpinan Ikatan Mahasiswa Selangor, teruskan perjuangan bersama kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor mempertahankan Islam di negeri Darul Ehsan ini.
Waallahu'alam
2 comments:
salam...
kalau dulu para ibubapa dan masyarakat risau dengan penculik kanak-kanak(adik sharlini)...sampai sekarang xjumpa-jumpa..tapi skrang kita plak yang risau dengan "penculik adun" yang sedang bergiat...nampak tak persamaan yang berlaku?
Adakah semuanya ini perancangan si "penculik" durjana?
Kes penculikan adik sharlini tak selesai sampai sekarang...dan kes penculikan negeri perak pun tak selesai sampai sekarang...
so sekarang kita dah dapat agak sape "penculik" sebenar...kp sume bro2 polis dah le dok siasat kes2 tue...hampa siasatpun xkan jumpa sebab "penculik" yg dok arah hampa sume...
Mahasiswa Islam harus sentiasa aktif di dalam pusat pengajian dan di luar pusat pengajian.
Tidak kira aktif secara berpersatuan pusat pengajian atau persatuan bukan berdasarkan pusat pengajian.
Suara mahasiswa Islam harus di perdengarkan bagi memastikan dakwah Islamiah itu semakin luas.
Berkaitan pencuri,sesebuah takhlukan (negeri atau negara) tidak akan kekal lama jika ia berdasarkan cara yang kotor.
Post a Comment