Kembara ke negeri Kelantan dan Terengganu bersama keluarga dalam masa tiga hari dua malam mengundang pelbagai persoalan dan jawapan kepada macam mana yang dikatakan pembangunan untuk melahirkan seorang manusia.
Boleh dikatakan banyak perbezaan ketara di antara negeri serambi makkah dan negeri yang ditadbir oleh pihak yang tidak melaksanakan pemerintahan negeri dengan Islam secara keseluruhannya.
Pada malam hari jumaat, kami sekeluarga bertolak ke Kelantan dengan bas yang ditempah khas untuk keluarga kami dan sanak saudara yang lain. Adikku yang excited untuk berjalan beramai-ramai dengan keluarga dalam satu bas meluahkan perasaan berdebar-debarnya. Al-maklumlah...tidak pernah menaiki bas dalam jarak yang jauh. Tertawa saya melihat keletahnya.
Berposing dihadapan suatu bangunan di Kelantan
Pagi sabtunya kami tiba di Kelantan untuk mengerjakan solat subuh. Terasa sejuk dan damai apabila menjejakkan kaki ke bumi serambi makkah ini. Hanya setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan yang memudahkan perjalanan kami.
Bas meneruskan perjalanan ke tempat yang membolehkan kami mengisi perut yang berkeroncong. Maka, Rantau Panjang yang bersempadan dengan negara jiran, Thailand menjadi pilihan.
Dalam perjalanan jalan-jalan di Rantau Panjang, berlaku peristiwa yang mengamit syahdu di hati. Apabila seorang wanita yang cukup gigih demi mencari secicip rezeki halal, membawa berdozen-dozen buah-buahan untuk dijual. Buah-buahan yang dibawa bukan buah-buahan yang biasa tetapi durian-durian yang sangat banyak. Dalam keadaan membawa durian-durian yang banyak itu di jalan raya yang sibuk, tiba-tiba sebiji buah durian jatuh bergolek-golek sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Itulah erti penat dan lelah mencari rezeki halal untuk membesarkan anak-anak.
Singgah sebentar di sebuah masjid di Kota Bharu bagi mengadap Rabbul Izzati yang menganugerahkan segala macam nikmat pada waktu zuhur. Terasa syahdu dengan kehadiran ramai jemaah bagi mengadap Ilahi kerana masjid yang ada bukan tujuan untuk bermegah-megah tetapi untuk mengaplikasikan Islam dalam konteks tempat ibadah.
Kembara diteruskan menuju ke negeri yang dirampas oleh kuasa yang tidak habis-habis dengan kisah politik wang. Pemandangan yang jauh berbeza dengan negeri serambi makkah. Lebih banyaknya pembangunan material berbanding pembangunan insaniah. Banyaknya juga tulisan 'Islam Hadhari'. Apa yang perlu di'hadhari'kan?? Islamkah yang perlu di'hadhari'??
Bergerak ke Taman Tamadun Islam yang mempamerkan hampir semua monumen-monumen masjid setiap negara di seluruh dunia memberikan sedikit kecewa. Jika dilihat pada sebahagian gambar-gambar monumen yang diambil, pastinya memakan jutaan duit dihabiskan bagi mendirikan Taman Tamadun Islam ini. Namun, bagaimana rakyat Terengganu yang lain yang mungkin belum menjamah sedikit makanan pun pada hari tersebut kerana pemerintahnya menghabiskan duit-duit rakyat pada tempat yang kurang tepat??fikir-fikirkan...
Bangunkanlah jiwa-jiwa manusia, jiwa-jiwa rakyat daripada yang bergelar pemerintah ini dengan agama, ilmu dan kasih sayang bukannya dengan materialistik yang hanya kekal di dunia...
Tempat yang kekal hanyalah akhirat...
Bekalan yang cukup perlu dibawa...
Malu untuk berkata di Padang Mahsyar kelak, "Aku tidak cukup bekalan untuk menghadap-MU di syurga...ampunkan aku ya ALLAH...."
Hanya libasan api dari neraka yang tinggal yang menjamah tubuh...
No comments:
Post a Comment