Sunday, June 12, 2011

11 Jun 2011: Hari Paling Indah Memberi (Volume II)

Pagi yang indah mengenalkan kanak-kanak ini dengan Pencipta telah berlalu.

Suasana di dalam kereta kelihatan sunyi sepi.

“Patutlah senyap, tidur rupanya semua,”

Saya menjenguk di cermin belakang kereta sewaktu memandu dalam perjalanan menghantar mereka pulang ke kampung semula di Teluk Panglima Garang.

Tiba malamnya untuk meneruskan langkah memberi lagi.

Showcase Amal Shuhada At-Taqwa membuka laluan.



Selesai mencari parking, saya bersama Alwee, adik bongsu saya mencari tempat duduk di sekitar Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu.

“Ramainya orang…” takjub adik saya melihat suasana yang jarang dilaluinya.

“Selamat datang kepada para penonton yang baru tiba….” Pengerusi majlis memulakan majlis sekitar jam 9.15 malam itu.

Kami sempat mengambil tempat yang agak selesa di atas rumput permaidani di sebelah khemah VIP.

“Baru perasmian, kira baru mula ni,” Tetapi mata adik saya telah mula layu, mengantuk dengan ucapan perasmian.

Pembukaan persembahan dimulakan dengan bacaan doa dan tadabbur Surah Al-Maun yang menceritakan perihal anak yatim. Sesuai dengan matlamat program yang ingin mengumpulkan kutipan dana bagi Madrasah Anak-anak Yatim At-Taqwa, Hulu Langat.

Kejadian 21 Mei 2011 lalu yang meragut 16 nyawa anak-anak yatim yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat.

“…Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksa-Nya.” (Al Maidah: 2)

Persembahan bacaan al-asma ul husna daripada semua kumpulan nasyid yang hadir dimulakan.

Sungguh tenang dan syahdu dengan kalimah nama-nama Allah yang membasahi bumi Shah Alam.

Kumpulan nasyid Raihan dan Rabbani memulakan rentap dan diikuti kumpulan Hijjaz.

Sekitar jam 10 malam,

“Kak, pukul berapa?” tanda rasa mengantuk adik saya yang semakin bertambah.

“Tak nak cakap… Alwee, kenapa main play station dan tengok cerita boleh tahan sampai pukul 1 pagi? Tapi, nak dapat pahala, baru pukul 10 pun dah tak tahan?” Saya bersuara lembut.

‘Strategi mendera’ saya gunakan terhadap Alwee dengan membiarkan rungutan dia. Kerana saya yakin mata dan hatinya akan tertangkap jua dengan butir-butir nasihat yang disampaikan oleh kumpulan-kumpulan nasyid itu.

Seorang sukarelawan mendekati kami bersama tabung amal buat anak-anak yatim.

“Alwee tak bawa duit…”

“Nah…ni pahala untuk Alwee,” Saya menghulurkan duit kepada Alwee, mendidik hatinya meringankan tangan untuk rajin bersedekah.

Setengah jam yang berlalu menjadikan hati Alwee resah kembali. Tangannya menggapai handphone saya bagi melihat waktu.

“Jom…kita pergi beli air” Saya mengajak Alwee ke gerai menjual air.

‘Strategi’ kedua saya beralih arah supaya terus dapat memancing Alwee untuk terus bertahan.

Kami duduk kembali sambil mendengar kumpulan nasyid Inteam dan UNIC mendendangkan lagu seterusnya.

“Cepatnya air habis…” Sesekali sambil sedang menonton persembahan nasyid, saya akan berborak dengan Alwee.

Alwee berpindah tempat, saya hanya membiarkan.

“Biarkan je la…tanda nak hilang rasa mengantuk,” getus hati saya.

Kumpulan terakhir menyampaikan persembahan terakhir pada malam itu dengan cukup bertenaga.

Laungan kalimah takbir bergema di seluruh bumi Shah Alam, serasa seperti sedang berada di daerah negara Islam.

Dengan kalimah takbir tersebut, maka berakhirlah Showcase Amal Shuhada At-Taqwa.

Acara menyampaikan sumbangan oleh para VIP diteruskan. Penyampai-penyampai sumbangan kebanyakannya terdiri daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Di akhirnya, pengumuman sumbangan daripada hadirin yang hadir ke Showcase Amal Shuhada At-Taqwa diumumkan iaitu sebanyak RM 19,000 dan jumlah itu semakin bertambah.

Petugas-petugas unit amal bersemangat melajukan langkah mengutip sumbangan-sumbangan daripada orang ramai yang hadir.

Jumlah kesemua sumbangan melebihi Rm 50, 000.

“Alhamdulillah…rezeki yang Engkau berikan pada kami, Engkau ilhamkan kami untuk menyumbang buat hambaMu yang kesusahan. Hanya syukur kami panjatkan...” Hati saya bersyukur.

Orang ramai memulakan langkah untuk pulang ke rumah masing-masing kira-kira jam 11.30 malam itu. Saya beriringan bersama Alwee mencari kereta.

“Hari ni Alwee dapat apa?”

“Dapat pahala,” Jawapan yang buat saya tersenyum.

“Kakak dulu lambat kenal Islam. Itu sebab akak didik Alwee dari kecil, supaya dapat ilmu dan buat pahala banyak-banyak,” Saya mula bercerita semasa memandu pulang ke rumah.

“Satu je permintaan akak pada Alwee. Masuk sekolah tahfiz ye tahun depan, paling kurang pun masuk sekolah agama macam KISAS kat Klang, dekat je dari rumah…”

Impian tinggi yang saya luahkan pada adik tersayang untuk melihat dia menjadi seorang mujahid dan ulama’ yang cintakan akhirat.

Segalanya tiada yang mustahil disisiMu!

3 comments:

:: siMpLe-sHida :: said...

salam ziarah ;)
eehehe. baik kakaknye dgn adiks.
macam ni lah cth teladan yg boleh kita sama-sama ikuti..jd follower.

i saw u n adiks seat front. kak dok d blkg skit.. dari jm6.30 dh smpai.. just as penonton biasa. tidak memakai vest Nisa' ;)

alhamdulillah, ramai jge hadir.. moge dpt terus terapkan nilai murni sedekah dan ke mjlis amal pd adiks dan juga shbt..

salam juang...salam mahabbah!

Afifah Jaafar said...

salam ziarah kembali kakak~~
hehe...alhamdulillah. sharing is caring... :))

owh..akak dtg jgk ke? x perasan plak sy...sy pun just dtg as penonton biasa.

yup..syukur...nisa' kena buat showcase mcm ni jgk rasanya. tak pun mcm pemuda baru buat ziarah clubs. impossible is nothing~

salam sayang kakak~~

JieMusleemaFotograf said...

salam ziarah.. masyaALLAH cerita yang penuh keinsafan :) moga2 ALLAH mmberkati kalian..kalau tidak silap saya, persembhn terakhir yg cukup brtenaga brngkali drpd Alfarabiband kn..? saya tiada ms tu, tgk dri video seorang rakan yg bersama2 sewaktu konsert amal.. :)

salam perjuangan..Najibah

http://www.facebook.com/najeeba.alialfarabi313