Saturday, September 26, 2009

Racun makanan pemberian Yahudi

~Salam Eid Mubarak~
Moga Aidilfitri yang hadir menghilangkan sedikit sebanyak dosa-dosa kita yang lalu antara manusia dan Ramadhan yang lepas memberikan kita keampunan dari Tuhan semester alam disamping meningkatkan darjah ketaqwaan kita.

Sekadar ingin berkongsi sesuatu.

Pernah lihat ini?



Ini?



Dan ini?



Kismis ini banyak di kedai-kedai terutama di kedai-kedai runcit. Pasti ramai yang tidak terlepas daripada memakan kismis ini. Malah, saya juga tidak terlepas daripada memakan kismis ini apabila diletakkan dalam Nasi Arab buatan ummi walaupun saya sendiri dalam bidang makanan. Sungguh mengecewakan kerana maklumat lambat diketahui.

Kismis ini adalah berasal dari California, U.S. yang mana kita sudah ketahui salah satu negara Yahudi yang sangat membenci Islam. Kismis ini sebenarnya adalah lebihan-lebihan kismis yang telah rosak dan kemudiannya dihantar ke semua negara-negara Islam di seluruh dunia. Kismis tersebut melalui satu proses supaya yang rosak kelihatan cantik. Makanan yang rosak akan memberi kesan buruk kepada sistem penghadaman makanan dalam badan.

Maka, kismis yang baik-baik dan segar dibungkus dalam bungkusan yang berlainan dan dibekalkan kepada orang-orang Yahudi. Jadi, BERHATI-HATILAH kepada semua yang suka makan kismis.

Kismis yang terbaik adalah ini...



Kalau ditanya kepada si penjual, kismis yang paling baik adalah dari negara Iran dan berwarna kuning kemerah-merahan. Maka, pilihlah kismis yang berkualiti yang merupakan sunnah makanan Nabi S.A.W.

Jangan disebabkan kerana ingin mengamalkan sunnah Nabi S.A.W., tetapi tersalah memilih jenis kismis racun pemberian yahudi.

Tubuh yang sihat

Dalam sibuk berziarah dan bertandang ke rumah saudara-mara, pasti paling kurang kita akan menjamah makanan yang dihidangkan di atas meja. Makanan yang ada di Aidilfitri ini kebanyakannya antara ranking yang tertinggi kandungan kalorinya.

Dalam sedap-sedap menjamah makanan yang terhidang, tiba-tiba terdengar perbualan orang tua-tua yang telah lanjut usianya. Mereka kebanyakannya menghidap pelbagai jenis penyakit terutamanya penyakit 3 SERANGKAI iaitu sakit jantung, darah tinggi dan diabetes. Orang-orang muda yang sedang makan ketupat bersama rendang daging dan kuah kacang dengan penuh berselera pasti akan terhenti sekejap dan memandang jauh pada makanan di dalam pinggan sambil memikirkan kehidupan akan datang. Sungguh menakutkan.

Saya berpesan pada diri dan anda semua supaya menjaga tubuh terutama kepada siapa yang bergelar PEJUANG AGAMA ALLAH. Biarlah kita mati syahid mempertahankan agama Allah daripada mati disebabkan makanan. Na'uzubillah...

Jangan lupa berpuasa 6 di bulan Syawal ini.

13 comments:

Aisyah Humaira said...

Assalamualaikum wbt. minta kemukakan bukti. berhati-hati menyebarkan berita. Wallahua'alam.

Unknown said...

saya setuju apa yang aisya tu ckap..
sebab cerita boleh direka..

kalau benar,
alhmdulillah sebab kita masih smpat sedar sebelum terlambat..

jika xbenar..
wa Allahualam

hnyvanie said...

Saya xpercaya dgn cerita ni tanpa fakta yang sebenar.. dont simply jugde.. Kenapa la agama lain xda pun ungkit2 hal mcm ni.. kenapa la nak libat agama islam.. smua isu2 kbanyakkan dr org islam ni xblh itu xblh..adess.. sugguh pelik!~

sufi said...

Maklumat ini dari mana yea? Setahu saya kismis ini dari anggur yang dikeringkan. Cuma kita boleh boikot barangan keluarannya sahaja. Wallahua'lam ^^

Anonymous said...

Pendapat saya ini semua belum pasti betul atau tidak, kerana tidak ada kejelasan untuk semua ini.
Lagi pun hanya sikit komen sahaja...

Kalau betul tolong beri bukti yang jelas...

Anonymous said...

Orang Yahudi takda masa untuk racun korang.

Zainal Abidin Idrus said...

California negeri Yahudi???? Tu jer dah tak betul.... Tolong lah dapatkan fakta mengenai kismis tu betul2.

Anonymous said...

salam..saya telah email pada pihak berkenaan mengenai dakwaan anda ni..sekiranya ini palsu..awk bole dikenakan tindakan saman..harap maklum..begitu juga pada sesiapa yg menyebarkan tanpa bukti juga boleh diambil tindakan..

Anonymous said...

BAGI SEMUA YG INGIN BUKTI.
SILA TENGOK CERAMAH VIDEO INI,

http://www.youtube.com/watch?v=eFmJjTD5RA4

KALAU MASIH TAK PERCAYA. MOGA MOGA ALLAH AKAN MEMBUKA BUKAN MATA YG BUTA TAPI HATI YG BUTA.

Anonymous said...

& pada yg berkata yahudi tiada masa nk racun org, tolonglah rujuk balik kepada kitab and hadis kita. dengan terangnya ALLAH BERFIRMAN YAHUDI ADALAH MUSUH UMAT ISLAM. kalau sesiapa yg masih tak percaya akan info di atas ini, maknanya awak sedang mempersoalkan Allah bukan?

Anonymous said...

jangan la cakap belit2 dei..meyakini firman Allah bukan bererti menerima bulat2 apa saja info yang diwar2kan, apatah lagi tanpa sebarang bukti.amalan mengikut secara membuta tuli atau bertaklid adalah lebih dikeji.minta dijauhi nauzubillah.

Unknown said...

kenapa perkara seperti ini lmbat sampai ..mklumatnya.. sdangkn kismis ni dh semakin meluas dijual .. bgitu jgak d sekolah2 yg bnyk mnjadi agen pngedar jugak.

Anonymous said...

sila rujuk ceramah utz kazim mmg ada utz bgtau mknan n buah2 yg di export ke negara2 Islam hanyalah saki baki yg mereka tidak perlukan...waullah hualam..