Friday, April 17, 2009

Memberi dengan rasa mahabbah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tertarik mendengar pelbagai ragam anak usrah naqib/ah masing-masing. Ada yang macam ini, ada yang macam itu...bak kata orang macam-macam...dengan adanya kelebihan dan keburukan masing-masing..

Tetapi yang pasti setiap naqib/ah ahli gerakan pastinya mahu melahirkan kader-kader dakwah untuk generasi akan datang penyambung perjuangan suci Nabi Muhammad SAW.

Pelbagai method dan cara yang ingin diberikan dengan penterjemahan yang berbeza-beza dikalangan setiap naqib/ah untuk aktiviti usrah masing-masing. Musliminnya kadang-kadang lebih pada gerakan fizikal dalam method usrah tetapi muslimat sebaliknya. Lebih suka berteleku mendengar naqibah memberikan pengisian yang kadang-kadang macam bagi ceramah.

Menurut rukun bai'ah Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, rukun bai'ah yang pertama adalah faham. Macam mana nak bagi anak-anak usrah faham dengan segala konsep-konsep islam, iman, ibadah, akhlak, harakah islamiyyah dan jemaah??

Yang pastinya setiap dari kita suka akan usrah yang pelbagai bentuk dan pengisian dari naqib/ah yang mantap. Tapi tak semua naqib/ah mampu melakukan sedemikian rupa.

Yang pasti dan sepasti-pastinya, semua naqib/ah mampu memberi dengan kasih sayang. Walaupun tidak sehebat mana, tapi andai dengan rasa mahabbah dan kasih sayang untuk memberi, maka pastinya anak-anak usrah akan rasa ikatan hati itu.

Berilah dengan kasih sayang...
Berilah dengan rasa mahabbah...

Maka akan timbullah rasa seronok dan penuh kasih sayang akan usrah atau keluarga yang kita cipta itu...

No comments: