Monday, May 25, 2009

Terlebih ukhwah??

"Cantik la akak pakai tudung labuh ni. Teringin sangat nak pakai tapi tak ada kekuatan la kak,"seorang adik meluahkan perasaan.

"Cuba la beli sehelai lepas tu pakai," respon diriku.

"Tapi kak, bila kat matriks kuat la sikit nak pakai. Dekat rumah tak kuat nak pakai, nanti tak pakai langsung bila kat rumah. Tak nak, kejap pakai, kejap tak pakai,"

Saya berfikir panjang mencari penyelesaian supaya si adik tadi mempunyai kekuatan untuk berubah.

"Adik pernah dengar usrah?"

"Pernah. Dulu kat maktab, pernah join usrah. Tapi bila kat sini, tak kuat nak teruskan. Tak tahu kenapa," Adik tadi menyambung

"Dekat surau blok asrama, ada juga akak-akak luar datang bagi pengisian. Tapi tak ada la ikut setiap minggu," Seorang adik lain menyampuk.

"Diorang kalau jumpa kitaorang, senyum je...salam dengan kitaorang...baik je akak-akak tu," Adik lain tadi menambah.

Saya tahu siapa 'akak-akak' yang dimaksudkan oleh mereka.

"Adik-adik tak ikut usrah kat masjid ke?"

"Teringin tapi tengok budak-budak Biro Kerohanian JPP macam dengan diorang-diorang je. Macam takut nak masuk dengan diorang, lebih kurang macam assabiah la diorang ni,"

Dalam situasi di atas, tidak perlu kita tuding jari siapa yang patut disalahkan. Tetapi yang pasti punca sikap para da'ei yang kadang-kadang 'terlebih ukhwah' sesama mereka sehingga menyebabkan mad'u-mad'u yang teramat ingin menghayati kehidupan sebagai seorang Islam dengan sebenar-benar tidak dapat menghayatinya.

Wahai para da'ie sekalian,
Apakah sudah terlaksana amanah kita dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar dalam kehidupan seharian kita??

"Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar dan bersegera (mengerjakan) berbagai kebajikan. Mereka termasuk orang-orang saleh" Surah Ali Imran, ayat 114

Bangkitlah wahai para da'ie!!

Jangan terlalu rasa manis berukhwah sesama kita sehingga melupakan mad'u-mad'u di luar sana. Mereka amanah kita agar dengan itu, syiar Islam ini tertegak pada semua.

ISLAM UNTUK SEMUA

Monday, May 4, 2009

Antara realiti dan tindakan

Berhadapan dengan masyarakat pastinya mengundang seribu satu perasaan...
Sedih...kesian...geram...marah...takut...
Tetapi mereka tetap yang dikatakan sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w.

Muktakhir ini kita melihat pelbagai krisis masalah yang berlaku pada masyarakat. Bermulalah dari seorang kanak-kanak sehinggalah ke peringkat pemimpin negara kita. Segala-galanya mempunyai jiwa yang sakit tidak berlandaskan pada Al-quran dan as-sunnah.



Kisah "si raja" yang sudah berkuasa namun tidak habis-habis dengan segala cerita peribadinya yang sebenarnya tidak melayakkan "si raja" ini menduduki takhta sebagai "raja".

Kisah krisis masalah sosial teruatama yang berlaku pada remaja-remaja kita yang sampai ke hari ini belum dapat diselesaikan hingga ke akar umbinya.

Kisah status agama anak yang belum beragama Islam dan ingin diislamkan oleh ibu dan ayahnya namun diperkotak-katikkan hingga tidak merujuk kembali pada undang-undang yang pertama dari Ilahi. Sekadar merujuk pada undang-undang yang dicipta oleh manusia.



Pernah lihat gambar di atas?? Ini adalah daripada gambar petikan lakonan arahan Syamsul Yusof dengan filem terbarunya "Bohsia". Bukan untuk promosi tetapi untuk kita renung-renungkan apa yang sudah terjadi pada umat Nabi Muhammad.

Seorang penulis pasti akan menulis sesuatu berdasarkan pengalaman dan apa yang dilihat. Bermakna filem diatas diadaptasi hasil daripada pemerhatian terhadap masyarakat negara yang kita sayangi ini. Itulah realiti masyarakat yang semakin hari semakin sakit dengan timbunan masalah yang tidak diselesaikan dengan kaedah yang "terbaik".

Andai difikir-fikirkan semula, sesak kepala memikirkan segala masalah yang berlaku untuk diselesaikan. Namun jangan berfikir seorang diri tanpa menterjemahkannya. Berfikir dengan sahabat-sahabat, bertindak dengan tepat dan bijak bagi menyelesaikannya.

Lakukan walau satu tindakan daripada tiada tindakan langsung yang dilakukan.

Ayuh sahabat-sahabat!!
Gerakkan minda dan lakukan tindakan!!

Sunday, May 3, 2009

Cemerlang dengan pertolonganNYA



Teringat perbualan saya dengan sahabat-sahabat....
“Rasa macam teruk je sem ni punya result...macam mana ya?”
"Jadual seorang mujahidah tak sama dengan bebudak biasa...kita kena buat sesuatu sebelum semua terlambat grad nanti,"seorang sahabat menyampuk.
“Apa kata kita buat study group sem depan?kita ajak sorang, 2 orang bebudak biasa..”seorang sahabat lagi menjawab.

Sahabat pertama tadi berkata,
"ok jugak..kita ajak si Y dengan si A ok?...diorang ni pandai. Kita kena manfaatkan kepandaian diorang,"
"Betul..setuju! Dah tak larat tengok result yang makin down tiap sem,"

Itulah yang dialami oleh sahabat-sahabat saya terutamanya dari Fakulti Sains dan Teknologi, UKM. Subjek yang berat makin membuatkan sahabat-sahabat down. Namun tautan ukhwah mampu menghadapi segala mehnah dan tribulasi.

Semester yang datang kembali lagi. Jadual belajar diatur bersama-sama. Namun, bila dilihat akan jadual hidup sahabat-sahabat, susah untuk mencari kelibat masa yang lapang. Program-program, kelas kuliah, usrah dan segala bentuk aktiviti mengisi diari seoang pejuang. Namun tiada apa yang mustahil dengan kehendak-Nya. Jadual study group tetap cuba diatur.

Hari yang dijanjikan untuk study group hadir. Tetapi, apa yang berlaku?? Semuanya ada hal adhoc yang perlu dilaksanakan atas dasar amanah yang dibawa. Aduh! susahnya nak buat...

Akhirnya STUDY GROUP yang disusun terbiar begitu sahaja. Masing-masing meneruskan kehidupan menuju haluan masing-masing kerana semuanya memegang posisi yang berbeza-beza.

Pertengahan semester datang kembali. Kali ini pastinya seluruh warga kampus sibuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan pertengahan semester.

"Macam mana ni??nak exam dah...Masuk kelas ngantuk lepas tu tak sempat nak buat revision...Biokimia, kimia makanan, pemakanan, kaedah pemisahan...belum subjek yang lain lagi," seorang sahabat mengeluh.



Serabut segala-galanya di dalam otak dengan kesusahan setiap subjek yang perlu dihadam. Namun pertolongan ALLAH S.W.T. itu pasti datang apabila kita membantu agama-Nya. Janganlah khuatir dan risau wahai sahabat-sahabatku.

"Hari tu dengar bebudak ni nak buat study group. Exam kita first biokimia kan? Esok malam diorang nak buat. Kita join je lah..."

Pada malam tersebut dengan izin Ilahi, saya bersama-sama sahabat-sahabat dapat memahami subjek biokimia melalui study group yang bukan dalam perancangan kami tapi bahkan perancangan Allah yang mengaturnya.

Esoknya alhamdulillah, segala kesukuran dirafakkan pada ALLAH S.W.T yang memudahkan kami menjawab pepriksaan Biokimia tersebut.

Moga segala urusan sahabat-sahabat dimudahkan ALLAH S.W.T...