Wednesday, March 18, 2009

Tundukkan Ego Dalam Diri

Teringat ceramah suatu ketika dulu, keluarnya iblis dari syurga berpunca dari E.G.O.
Keluarnya iblis kerana tidak ingin menurut perintah ALLAH S.W.T agar sujud pada Nabi Adam yakni manusia pertama yang diciptakan oleh Allah. Kenapa tak nak sujud?? Semuanya berpunca dari diri iblis yang merasakan penciptaan iblis lebih hebat daripada manusia yakni diciptakan dari bahan bakar api.

Kalau rasa diri hebat, pastinya ego berbenih dalam hati. Rasa riak, rasa 'ujub...nauzubillah...minta dijauhkan...

Tetapi hakikatnya terlalu sukar untuk menjatuhkan ego apabila merasakan diri paling hebat dan paling berkuasa terutaa apabila memegang jawatan.

Itulah yang dihadapi oleh Lajnah Kegiatan Luar, Ikatan Studi Islam UKM dalam ingin mentarbiyah adik-adik di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana agar jatuhnya ego mereka. Program Kursus Kepimpinan Pelajar yang mana dihadiri oleh 60 orang peserta adalah anjuran pentadbiran sekolah dengan kerjasama ISIUKM. Semua pelajarnya hebat-hebat belaka. Masakan tidak, semuanya pemimpinpemimpin pelajar.

Namun realitinya, JAWATAN BUKAN SUATU KEMEGAHAN TETAPI AMANAH YANG TERAMAT BERAT YANG PERLU DIPIKUL. Jawatan bukan untuk dipinta tetapi apabila mendapat taklifan itu, maka laksanakanlah sebaiknya kerana dengannya ada ganjaran daripada Allah S.W.T.

Teringat sewaktu program tersebut, adik-adik yang dikasihi dibangunkan dari tidur tepat jam 2.30 pagi untuk Kembara Malam. Checkpoint yang pertama benar-benar menguji para peserta apabila kami di pihak fasilitator membuat olok-olok supaya para peserta dikehendaki memakan ulat. Sebelum itu, para peserta diminta menutup mata dengan kain dan berjalan-jalan keliling sekolah dengan bantuan fasilitator. Pada checkpoint pertama, para peserta diminta memegang ulat yang masih hidup. Apalagi...menjerit-jeritlah adik-adik ini. Kemudian, mereka diminta makan ulat tersebut. Hakikatnya, mee maggi yang diberi. Tetapi sebab tipah tertipu, mereka percaya yang mereka disuruh makan ulat. Meraung-raunglah mereka terutamanya peserta perempuan. Kesian...

Checkpoint akhir, mereka diminta mengadap satu sama lain. Guru Pengawas Pelajar, Ustaz Shahrizal membuat provokasi dan psiko supaya setiap daripada peserta mengaku akan kesalahan setiap para peserta sepanjang menjadi pengawas. Semua tertunduk bersalah...

Hakikatnya setiap manusia ada kebaikan dan kelemahan masing-masing. Tetapi setiap kelemahan itu perlu diperbaiki setiap hari. Beristighfar dan bersyukurlah apabila kebaikan diri kita terserlah kerana hakikatnya kebaikan kita itu dari Allah.

Mohonlah pada Allah "Ya Allah, ampunkan setiap dosa-dosa kami, ampunkan setiap kelemahan dan kekurangan kami. Perbaikilah diri kami ya ALLAH"

Moga adik-adik di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana terus success dunia akhirat terutama yang nak ambil PMR dan SPM...wa'allualam

Thursday, March 12, 2009

Sujud pada-Mu..


"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya, Dia memperlihatkan kilat kepadamu untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dengan air itu dihidupkannya bumi setelah mati (kering). Sungguh pada ynag demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mengerti" Ar-Rum, ayat 24

Hujan turun lebat pagi Jumaat yang damai ini. Seluruh isi bumi bertasbih hanya kepada Yang Maha Esa. Air turun mencurah-curah sujud kepada Yanag Maha Pencipta. Walaupun seluruh isi dunia damai, tapi ada dari riak muka sahabat-sahabat seperjuangan, terpancar riak-riak keresahan, gelisah dan takut.

Wahai sahabat-sahabatku, berdoalah...bertawakallah pada Allah yang menebarkan kasih sayangNya ke bumi ini....

Moga-moga segala program dan aktiviti yang cukup-cukup padat hujung minggu ini terlaksana dengan sampainya dakwah pada mad'u-mad'u kita.

Solat subuh pagi tadi diiringi dengan surah As-Sajdah...

Ku mendoakan agar hati-hati kita sentiasa tunduk pada Rabbul izzati...meneruskan dakwah ini untuk jalan Allah dan rasulNya...

Kekadang kita tidak perasan hati ini. Dalam melakukan segala bentuk kerja dakwah dan tarbiyah, hati ini tunduk bukan pada yang sepatutnya. Hati ini tunduk pada kerja-kerja jemaah dengan setiap perlakuan kita samada solat, akhlak, ibadat dan sebagainya.

Tundukkanlah hati ini pada Yang Esa...

"Orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, hanyalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengannya (ayat-ayat Kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, dan mereka tidak menyombongkan diri.